sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Wednesday, May 07, 2008

Tersalah belah - utk perhatian Langkasuka

Dalam posting berkenaan dengan projek hulu kemuning hitam Shaharim, sahabat Langkasuka bertanya macam mana tersalah belah tu, salah cari urat kayu atau bagaimana. Dalam kes tersebut kayu sepanjang 2 kaki setengah itu saya cadangkna untuk buat hulu lebih kurang 6 inci. Manakala lebihnya untuk buat sampir badik dan keris yang kecil-kecil saiznya. Malangnya teras kemuning hitam itu terus dibelah dua dari hujung ke pangkal tanpa dipotong dulu 6 inci untuk hulu shaharim.

Mengikut sembang saya suatu waktu dulu dengan May Keris (samurai) untuk mendapatkan plot / urat kemuning yang cantik amat sukar kerana terpaksa membelah dan membelah kayu-kayu kemuning yang ada sehinggalah menjumpai urat/plot yang berkenan di hati. Mengikut pandangannya sarung yang cantik ialah apabila plot pada hulu ada kesinambungan dengan sampir. Maknanya mesti dari kayu yang sama. Untuk mendapatkan kualiti seperti ini kita mungkin terpaksa berbelanja lebih.

1 comment:

langkasuka said...

Salam
Terima kasih cgu atas penerangan tersebut. Saya pernah dengar cerita yang sama oleh Arwah Nik Din dulu. Kalau dapat hulu dan sampir yg seiras memang cantik dan payah. Sudahlah nak dapat kayu tu susah....memang kerja seni ni sebegitu, kadang2 kita terpaksa terima hakikat itu dan yg menjadi tanpa membazir itu mungkin by chance atau kepakaran seseorang tukang tersebut...
peace