Inilah badik kayu kemuning hitam milik saya. Ia adalah pemberian seorang sahabat guru kepada saya iaitu Cikgu Khalid yang pernah mengajar di Merapoh, Pahang. Merapoh terkenal dengan kemuning hitamnya pada suatu waktu dahulu.
Hulu dan bilah badik ini diperbuat daripada kemuning hitam. Sarungnya pula campuran antara kemuning hitam dan damar minyak. Terima kasih tak terhingga atas hadiah yang sangat memikat hati.
Sekali pandang badik ini menyerupai badik sebenar.
No comments:
Post a Comment