Trip percutian ke Pangkor kali ini amar berbeza sekali bagi diri saya, sebenarnya sudah hampir 2 tahun saya tidak bertemu dengan tukang Pak Noh yang tinggal di Kg. Paloh bersebelahan loji air Layang-Layang Kiri Parit Perak, atau lebih senang saya panggil Ucu Noh .
Perwatakan Ucu Noh yang tenang dan warak sentiasa bermain diingatan saya. Ia tidak lokek mencurah ilmu bila ditanya.
Semasa isteri sedang berkursus di Pangkor, saya awal-awal pagi jumaat dah menaiki feri bersama Ain ke Lumut, tujuan hanya satu sahaja iaitu ingin menjenguk Ucu Noh dan rakan-rakan jamaah masjid Kg. Selat. Malangnya ramai yang dah meninggal dan tidak ada lagi yang melepak kat kedai kopi seperti biasa,
Kemudian, saya singgah sekejap minum pagi di gerai bersebelahan SMK Layang-Layang Kiri, masih ada beberapa orang pendududk di sana yang mengenali saya, saya bertanyakan perihal Ucu Noh, mereka kata ada dan masih sihat. Lepas minum saya bergegas ke rumah Ucu Noh, senyap dan sunyi sahaja yang menyambut kedatangan saya. Hati mula berdebar-debar melihat keadaan bangsal tempat dia bekerja.
Yang paling mencemaskan saya ialah apabila melihat 2 kotak besi kesayangannya berada di dalam bangsal. Seingat-ingat saya semua peralatan pertukangan besi yang disayanginya berada dalam 2 kotak berkenaan. Ia juga selalunya disimpan di atas rumah, bukannya dibiarkan di dalam bangsal begitu sahaja.
Kemudian saya singgah sekejap di SMK Sultan Muhammad menjenguk rakan-rakan seperjuangan. Akhirnya saya balik ke Pangkor semula pada pukul 100 tengah hari.
Kesesokannya saya singgah di rumah Che Mat, anak didik Ucu Noh dalaam pertukangan besi. Ia mengatakan Ucu Noh dan tak bertukang kerana uzur, ia juga dah pindah ke rumah anaknya, isteri baru meninggal , seminggu sebelum pilihanraya baru-baru ini. Kini tidak ada lagi tukang besi disekitar Layang-Layang kiri dan Parit segigih Ucu Noh. Saya doakan kerahmatan dan ketenangan bagi Ucu Noh. Terima kasih atas tunjuk ajar kepada saya dalam bidang pertukangan besi serta nasihat-nasihat berguna semasa bersama dahulu.
No comments:
Post a Comment