Merujuk pada permintaan seorang sahabat agar saya membuat satu blog khas untuk batu permata, saya rasa mungkin agak sukar nak dilaksanakan. Ini kerana kekurangan ilmu dan juga kekurangan masa. Saya berasakan ilmu saya masih jauh daripada mencukupi untuk menulis secara mendalam tentang batu-batu permata. Ini kerana jika tidak belajar secara khusus daripada pakar-pakar batu permata, mungkin banyak maklumat yang tidak tepat dan salah akan kita sajikan pada pembaca. Walau bagaimanapun InsyaAllah saya menulis sedikit sebanyak tentang permata dalam blog ini berdasarkan buku, senior-senior, gemologist bertauliah dan juga tukang canai permata.
Antara tip yang saya pakai untuk membeli permata ialah, permata itu sentiasa menjeling ke arah kita walaupun kita tidak melihatnya. Kilauannya mencuri pandangan.
Saturday, May 17, 2008
Blog baru....
Posted by Mohd Nasir at 1:28 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment