Petang tadi hati cukup gembira kerana 2 bilah lading tempahan Adil dah siap. Walaupun ada sedikit masalah sebelum ini, ia berjaya disiapkan. Ramai pulak yang berkenan, seorang kwan terus menempah saiz yang sama dengan saiz lading milik Aidil.
Petang ini juga saya telah membeli tunggul kemuning kuning tua yang cukup cantik plotnya. Walaupun harganya menyesakkan nafas, saya tak peduli. Ini kerana melihat plotnya sahaja sudah meleleh air iur walaupun belum divarnish. Mungkin ia hanya cukup untuk dua buah sampir sahaja. InsyaAllah saya akan padankan kemuning kuning berplot cantik ini dengan bilah kelas A.
Kegembiraan bertambah lagi kerana petang ini juga saya mendapat sebilah lagi melela lok 5. Jika kita tak berkira dengan orang, orang pun tidak berkira dengan kita.
Harap maaf tak boleh posting gambar hari ini, kamera dipinjam oleh sahabat kerana ada urusan sekolah. InsyaAllah petang atau malam esok foto lading Aidil akan menyusul.
Sunday, May 11, 2008
Alhamdulillah....
Posted by Mohd Nasir at 4:20 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment