Menempah senjata atau keris merupakan satu penantian yang menyiksakan batin. Kalau tak sabar boleh jadi macam-macam. Saya mula menenmpah senjata milik peribadi ketika berada di tingkatan 5 pada tahun 1985 . Ia merupakan keris pertama saya. Malangnya sampailah ke hari ini keris tempahan saya tidak pernah jadi seperti mana yang dihajati. Maksudnya apa yag kita cakap dan beritahu tukang tak pernah perfect atau lari terus dari apa yang kita tempah.
Sehubungan itu saya pernah menjauhi tukang dalam 2 atau 3 tahun kerana benci, ini kerana mereka tidak pernah mengutamakan pelanggan, sebaliknya hanya mengikut citarasa mereka. Mungkin pada masa tu darah muda masih panas. Akhirnya saya mengerti, itulah hakikat yang patut kita terima dalam kehidupan.
Wednesday, May 07, 2008
Antara Keris/senjata Tempahan dan Keris/senjata Siap
Posted by Mohd Nasir at 11:54 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment