Golok perak ini meninggalkan kenangan abadi kepada saya sepanjang mengenali Tukang Ucu Noh di Kg Paloh. 2 hari sebelum saya berpindah balik ke Kelantan ( waktu petang) saya telah memberitahu Ucu Noh berita pertukaran saya. Dia amat terkejut dan sedih. Dia bertanya kepada saya mengapa tidak memberitahunya lebih awal. Saya kata tak sampai hati nak cakap.
Esoknya selepas solat asar Ucu Noh berbasikal ke kuarters guru tempat saya tinggal, dipingangnya terselit golok perak di atas. Seharian Ucu Noh membuatnya khas untuk saya siap bersarung sekali. Pesannya kepada saya kalau teringat dia lihatlah golok pemberiannya ini. Sedihnya di dalam hati...........
No comments:
Post a Comment