sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Thursday, May 29, 2008

Che Mat Tukang Ukir Gong Bayur

Semalam selepas kelas tambahan dalam pukul 10.30 pagi saya telah sempat ke Kg Gong Bayur untuk berkongsi foto dengan sahabat-sahabat blog semua. Mat tukang besi atau Mat tukang ukir, itulah nama tubuh bergelar. Amat jarang tukang yang mempunyai 2 kemahiran serentak terutamanya kemahiran mengukir. Che Mat boleh mengukir hulu tajong tapi upahnya 3 kali ganda harga ulu tajong antik.





Che Mat juga amat dedikasi dalam bertukang dan bukan jenis tukang yang banyak karenah. Bengkelnya yang berada di hadapan rumah menempatkan tempat bertukang besi dan sekaligus tempat mengukir sampir. Saya mengambil kesempatan untuk menempah 2 buah hulu untuk kunjungan kali ini. Saya berjanji untuk mengambilnya dalam masa sebulan. Satu ulu tapak kuda untuk keris panjang dan satu lagi ulu patah 3. Lama juga saya memujuk Che Mat supaya menjual ulu coteng kerbau balar kepada saya, tapi gagal kerana ia adalah pusaka peninggalan orang tuanya.














Di samping itu juga saya berasa gembira sekali melihat anak-anak saudara Che Mat yang menghabiskan masa cuti dengan membantu beliau mengukir ulu dan sampir golok. InsyaAllah kerja seni warisan bangsa akan ada penggantinya.

4 comments:

langkasuka said...

Salam
ulu coteng kerbau balar tu x de gambar nya cgu? Tak dapat x pe la, dpt tengok gambar pun kira ok la...
peace

Anonymous said...

Lupa pula nak amabil gambar.

Azman said...

Bengkel chek mat ni d mane ?

Mohd Nasir said...

di kg gong bayur besut terengganu