Alhamdulillah kita bertemu lagi. Saya menerima satu e mail daripada murid silat saya berkenaan dengan ibu gayong dan bapak gayong. Sebenarnya tidak semua isu atau topik boleh dibicarakan secara terbuka. Jadi dalam entry ini saya tidak berniat untuk menjawab permintaan beliau secara menyeluruh, tetapi saya akan sentuh sedikit sahaja agar terubat jua hati yang meronta.
Pada pemahaman saya, ibu gayong/bapak gayong bukan berada dalam silat gayong. Ia adalah merupakan satu khazanah ilmu mengenal diri. Cuma ia dikiaskan dengan nama gayong dan milik mutlak warisan bangsa Melayu Islam. Ia bukan ayat untuk dihafal, ia juga bukan langkah atau tari silat untuk dipencakkan. Ia juga bukan petua untuk di amal. Ia merupakan satu pemahaman mutlak tentang hakikat diri dan hakikat ketuhanan.
Penghujung pencarian seseorang dalam hidup ialah ingin mengenal diri dan tuhannya. Di situlah terletak kepuasan mutlak yang ingin dicapai oleh setiap manusia yang cuba menggali rahsia dirinya. Wallahualam.
Saturday, May 31, 2008
Menjawab permintaan anak buah (Syuk)
Zikir berbisik dalam Qalbu
Memuji tuhan empunya Wahyu
Apabila Aku melihat Aku
Ia anugerah dari yang Satu
Posted by Mohd Nasir at 3:32 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
Aku Melihat Engkau..
Didalam Engkau, Aku melihat Aku..
Saya mengerti dan saya amat gembira dengan kata-kata Cikgu yang sangat tepat dan indah pada notanya *thumbs up*
asal kapas menjadi benang,
dari benang menjadi kain,
aku lain dia lain,
mana sama aku dan dia.
Post a Comment