Bayangkan sebilah besi berkarat yang ditemui disebuah jambatan lama, sepucuk paku kereta api lama yang sudah usang dan besi-besi buruk lain. Semua ini tidak mempunyai harga kecuali lebih kurang RM2.40 sekilo.Hebatnya keris, walaupun asalnya dari besi buruk yang sama tidak ada keris yang dijual mengikut berat dalam kg.
Hebatnya keris kerana ia merupakan satu kerja pertukangan tangan yang di dalamnya tersimpan kebijaksanaan warisan bangsa Melayu yang telah diwarisi turun menurun. Jika kita terlibat secara langsung semasa mengumpul besi, memilih tukang, memilih design, memilih tukang bakalan, memilih tukang lurah, mencari kayu, memilih tukang sampir, ulang alik ke rumah-rumah tukang, melayan karenah tukang dan menuai hasilnya, keris amat berharga.
Walau bagaimanapun keris semakin jauh dari kehidupan bangsa Melayu, ia kini dianggap puaka yang sering menghantui dan mengganggu keharmonian, ramai yang sakit kerana keris. Hasilnya keris berpindah tangan dan menjadi koleksi dukun.
Tuesday, May 06, 2008
Sudut pandangan terhadap keris
Posted by Mohd Nasir at 2:47 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment