sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Sunday, May 11, 2008

Berilah kesempatan.....

Keris telah lama diperdagangkan. Kini perniagaan keris seolah-olah menjadi satu kelab ekslusif bagi mereka yang senior dalam bidang ini. Pemain baru seperti saya dianggap sebagai melukut sahaja. Jangan begitu kawan. Rezeki Allah ada di mana-mana. Yang lama pada hari ini baru juga suatu masa dahulu. Mungkin kita lebih dalam sesuatu perkara tetapi kita juga lemah dalam perkara yang lain. Jangan pula kita berlagak sombong kepada mereka yang kurang berilmu, kepada yang baru belajar kita ajarkan. Siapalah kita pada hari ini jika tidak ada yang sudi mengajar kita suatu waktu dahulu. Tidak ada ruginya.

Mungkin kita ada keris yang sangat-sangat cantik, antik dan berharga puluhan ribu. Itu rezeki kita. Jangan pula berlagak. Kalau dia nak pergi, sekelip mata dia pergi, hilang dari pandangan mata. Oleh itu jangan bongkak dan sombong. Wallahualam

3 comments:

Anonymous said...

kedengaran spt cik gu merasa kesal+nk marah..sabar cikgu..kami semua menyokong segala usaha cikgu..syabas cikgu..jgn pedulikan kpd mereka yg dengki..PHD.

Anonymous said...

Bukan apa, kasihan kepada pemain baru. Mereka tidak mendapat layanan yang sepatutnya daripada senior

syahir said...

Salam cikgu, kalau sayalah, saya lempang aja. ehehehe.