Keris pada suatu masa dahulu adalah teman rapat bagi setiap lelaki yang bernama Melayu. Keris yang ditempa adalah mengikut keselesaan dan keserasian dengan pemiliknya. Keris ditempa mengikut kehendak sipemakainya. Sama ada panjang, pendek,berlok atau pun lurus.
Kita juga mesti memahami seorang yang ingin memiliki keris untuk dirinya menempah berasaskan ilmu yang ada di dada mereka. Mereka tahu setakat mana kepantasan dan kudrat yang ada di dalam diri, ini bagi menentukan saiz dan berat sesebilah keris. Tidak salah menempa keris yang bersaiz panjang, tapi bukan untuk tempur. Begitu juga keris bersaiz tebal dan berat, ia lebih kepada nilai seni dan mistik. Tetapi jika saiz kita tinggi dan besar, sepatutnya keris pun panjang dan tebal.
Pada masa kini keris lebih fokus kepada nilai seni, saban hari dalam internet kita berbincang, bersembang,berdiskusi dan borborak tentang nilai seni, lurah, tulang, aring, ganja, sampir dan pelbagai lagi tentang keris. Kita tidak lagi menikam dan mengelak, melompat dan berguling bersama keris di tangan. Faktor inilah yang menjadikan agak sukar bagi generasi kini untuk mengagak saiz keris yang sesuai untuk mereka.
Berapa panjang keris saudara??
Friday, May 09, 2008
Keris sebagai hiasan
Posted by Mohd Nasir at 7:48 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment