sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Friday, May 23, 2008

Menjawab pertanyaan sahabat

Sebaik sahaja balik dari Gunung Tebu antara e mail sahabat yang saya terima ialah berkenaan minat terhadap keris. Sahabat kita bertanya bila dan bagaimana hendak bermula. Apabila kesedaran telah timbul dan minat mula berputik langkah pertama ialah mencari seorang sahabat yang boleh kita buat rujukan atau tempat berbincang. Langkah yang kedua ialah seharusnya kita memiliki sebilah keris sebagai keris pertama. Untuk memiliki keris pertama bergantung kepada kemampuan kewangan kita, saya selalu mengesyorkan kepada kawan-kawan walaupun mereka berduit keris pertama seharusnya di bawah RM2000.00.

Mungkin sahabat mengatakan bahawa RM2000.00 adalah jumlah yang besar. Tetapi percayalah kepada saya bahawa apabila anda sudah memasuki alam perkerisan RM2000.00 adalah satu nilai yang sederhana sahaja. Saya risau jika harga yang dibeli terlalu murah, suatu hari nanti apabila koleksi sudah bertambah kita akan memandang rendah pada keris pertama kita. ( Ini hanya pendapat peribadi saya sahaja) wallahualam.

No comments: