Apabila kita sudah tua mungkin akan ada sesuatu selain isteri yang menjadi kesayangan kita. Bagi masyarakat kampung ada yang tak boleh berenggang dengan lembu, ada yang menyayangi burung, ada yang menyayangi kambing. Berbeza dengan masyarakat bandar, mereka menyayangi mercedes, volvo, porsche dan sebagainya.
Semalam saya melihat ayah dan emak saya bersedih, ini kerana kematian seekor monyet kesayangannya. Monyet ini telah dibela lebih kurang 4 tahun dari kecil lagi, ia dibeli dari Abang Ipar saya yang telah pun meninggal dunia dua tahun lepas. Walaupun ayah masih berkeras untuk membeli seekor lagi anak monyet, saya melarangnya. Seingat saya sudah terlalu lama ayah sentiasa membela monyet. Rutin hariannya pada waktu pagi, tengahari dan petang memberi makan kepada belaannya. Ini kerana dalam usia 85 tahun dan selalu uzur ia adalah berbahaya bagi dirinya. Nampaknya satu ruang kosong telah wujud dalam kehidupan hariannya. Apa yang akan jadi apabila kita tua kelak............
Saturday, May 10, 2008
Apabila sudah tua........
Posted by Mohd Nasir at 4:16 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment