Inilah tanduk rusa yang saya beli melalui Sdr.Hisham dari Grik. Setelah berada dalam simpanannya selama beberapa bulan, semasa dalam perjalanan ke Pangkor baru-baru ini saya sempat singgah sekejap untuk mengambilnya.
Saya bercadang untuk menjadikan ia sebagai tempat penyangkut baju di rumah sahaja. Sebenarnya saya telah pun memiliki tanduk rusa seperti in pemberian seorang sahabat kerana membantunya membuat tasbih daripada tanduk rusa.
Tanduk rusa agak mudah didapati sekarang kerana ada aktiviti pemeliharaan yang dijalankan untuk tujuan komersil. Masyarakat Cina percaya tanduk rusa mempunyai nilai perubatan yang tersendiri.
No comments:
Post a Comment