Zaman sudah berubah, kalau dahulu kita belajar silat di kampung-kampung dalam bangsal dan gelanggang berdindingkan pelepah kelapa. Kini remaja banyak belajar silat sama ada di sekolah ataupun akademi-akademi silat.
Realitinya, pada masa kini masa untuk berlatih silat amat terhad sekali bagi pelajar sekolah. Ini kerana kelas tambahan, kelas malam, kelas stayback dan program semasa hari minggu sudah merampas hampir semua masa remaja . Aktiviti riadah sudah hampir disisihkan dalam kamus hidup seorang remaja.
Pengalaman saya selama 12 tahun menjadi guru sekolah dan lebih 20 tahun menjadi guru silat menyaksikan anak-anak muda semakin lembik dan hilang jati dirinya. Kemewahan telah menjadikan mereka anak manja yang tidak tahan lasak.
Tuesday, May 06, 2008
Persilatan Masa Kini
Posted by Mohd Nasir at 2:38 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
hehe..sy stuju dgn kata2 cikgu.anak2 skg ni tak pandang warisan bangsa sndiri.lagi minat dgn dunia GLAMOUROUS!
Post a Comment