sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Friday, November 16, 2018

Bila politik jadi landasan para barua

Menyesal tiada gunanya. Bila hak2 ketuanan Melayu semakin terhakis, maka meraung dan menangislah bangsaku. Mereka yang bersekongkol mula menelan lidah masing-masing, malu

Tuesday, October 02, 2018

Berguru

Solat adalah tiang agama. Persoalannya adakah kita sudah mendirikan solat? Bagaimana nak mendirikan solat jika kita tidak ada pembimbing. Jadi carilah guru yang dapat membimbing dan memberi tunjuk ajar kepada kita tentang solat secara terperinci. Jangan main hentan sahaja "asal solat jadi la". Jangan sampai solat 5 waktu kita sehari semalam sia-sia. Selamat mencari guru dan selamat mendirikan solat dengan sempurna sahabat semua.

Sunday, May 20, 2018

Lena

Pesan orang-orang tua dahulu yang arifbillah....jangan sesekali kita lena dalam pelukan musuh Islam walaup berbantal dan bertilamkan emas permata

Saturday, March 03, 2018

Siapa kita?

Siapa kita untuk berasa jengkel pada kelemahan insan lain. Dapat hidup di atas muka bumi ini pun dengan ehsan Allah s.w.t. Belajar mengenal diri bukan untuk menghukum orang lain tapi belajar untuk memperbaiki diri sendiri, terutama hati.

Thursday, February 15, 2018

Bahasa senjata

Gembira hati bila kita menerima senjata dari guru dalam keadaan penuh kepercayaan. Guru2 silat yang arif mempunyai kod-kod bahsa senjata yang tersendiri dan hanya difahami oleh mereka2 yang menuntut.

Saturday, January 13, 2018

Untung dan rugi

Dek mengejar untung secupak kita rugi bergantang-gantang di akhirat. Jadi manafaatkan wang ringgit kita untuk mengecapi nikmat sesudah mati. Cuba hitung berapa peratus kita gunakan wang kita untuk saham akhirat..... sedekah.