Walaupun sekolah cuti saya tetap sibuk, di samping kelas tambahan pelbagai aktiviti sedang menanti untuk dibereskan. Dalam kesibukan itu saya sempat juga mencelah dan mencilok untuk menjejak tukang-tukang sampir ukir yang hebat-hebat. InsyaAllah foto-foto mereka akan saya masukkan dalam blog ini bersama hasil kerja tangan mereka.
Petang semalam lepas solat asar saya sempat juga memecut kereta buruk saya ke Kg. Kedai Menanti. Pertemuan singkat dengan tukang sampir muda bernama Man amat mengujakan saya. Hasil kerja tangannya amat bekualiti sekali. Saya meninggalkan kepadanya sebilah keris melela dan juga sebilah pisau sembelih untuk dibuat sampirnya.
Wednesday, May 28, 2008
Menjejak tukang-tukang sarung/sampir kelas A
Posted by Mohd Nasir at 5:26 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment