sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

Saturday, May 31, 2008

Menjawab permintaan anak buah (Syuk)

Alhamdulillah kita bertemu lagi. Saya menerima satu e mail daripada murid silat saya berkenaan dengan ibu gayong dan bapak gayong. Sebenarnya tidak semua isu atau topik boleh dibicarakan secara terbuka. Jadi dalam entry ini saya tidak berniat untuk menjawab permintaan beliau secara menyeluruh, tetapi saya akan sentuh sedikit sahaja agar terubat jua hati yang meronta.

Pada pemahaman saya, ibu gayong/bapak gayong bukan berada dalam silat gayong. Ia adalah merupakan satu khazanah ilmu mengenal diri. Cuma ia dikiaskan dengan nama gayong dan milik mutlak warisan bangsa Melayu Islam. Ia bukan ayat untuk dihafal, ia juga bukan langkah atau tari silat untuk dipencakkan. Ia juga bukan petua untuk di amal. Ia merupakan satu pemahaman mutlak tentang hakikat diri dan hakikat ketuhanan.

Penghujung pencarian seseorang dalam hidup ialah ingin mengenal diri dan tuhannya. Di situlah terletak kepuasan mutlak yang ingin dicapai oleh setiap manusia yang cuba menggali rahsia dirinya. Wallahualam.


Zikir berbisik dalam Qalbu
Memuji tuhan empunya Wahyu
Apabila Aku melihat Aku
Ia anugerah dari yang Satu

Melela Bulu Ayam RM450.00 (SOLD OUT)






Melela bulu ayam
Panjang keseluruhan 12 inci
Panjang bilah 8.5 inci
Hulu/sampir kemuning
Batang Serunai sena

Friday, May 30, 2008

Menjejak kemuning berkualiti

Hari ini subuh-subuh " sapi'i " ( istilah Layang-Layang kiri ) saya sudah berada di kaki gunung tebu bersama dengan seorang sahabat. Tujuannya hanyalah satu iaitu menjejak kemuning emas atau mana-mana spesies kemuning yang berkualiti untuk stok kayu sampir.

Alhamdulillah nampaknya ada cahaya di hujung lorong, sampel kemuning bola yang ditunjukkan kepada saya nampaknya agak berkualiti. Walau bagaimanapun kami berdua akan berunding terlebih dahulu dengan tukang sarung sebelum berunding tentang urusan jual beli. Kalaulah ia boleh digunakan sepenuhnya untuk membuat sampir, saya anggarkan selama 3 tahun stok sampir berkualiti boleh bertahan. InsyaAllah

Thursday, May 29, 2008

Anak Alang Kecil (Antik) RM370.00 (SOLD OUT)

Anak Alang Kecil Antik,pamor perak

Panjang keseluruhan 11 inci
Panjang Bilah 8 inci.Sampir/ulu kemuning

(Harga pokok Tumbang) Badik Besi Pupuk RM300.00 siap pos( SOLD OUT)

Badik Besi Pupuk RM300.00

( stok 1 sahaja)











Panjang keseluruhan 10 inci
Panjang bilah 7.5 inci
Sampir /hulukemuning

Tukang -Tukang Unggul

Apabila berbicara tentang keris pada zaman moden, agak ramai umat Melayu yang masih keliru. Ini terjadi kerana kerja-kerja pembuatan keris dan senjata sudah begitu asing bagi masyarakat moden hari ini. Bukan sahaja masyarakat biasa yang tidak arif tentang pembuatan keris malahan kolektor-kolektor keris juga. Ini bukan salah sesiapa, keadaan ini adalah satu fenomena semulajadi apabila proses urbanisasi mula melanda sesebuah negara.

Keadaan ini dirumitkan lagi dengan teknik-teknik rahsia yang diwarisi oleh seseorang tukang dari leluhurnya. Biasanya tukang-tukang mahir tidak akan mendedahkan kepada pelawat, orang awam, tukang-tukang saingan, malahan kepada penempah senjata sendiri bagaimana kaedah-kaedah tertentu yang menjadikan keris mereka gah dan cantik. Dikhuatiri pada suatu hari nanti semakin sedikit generasi baru yang menguasai kemahiran pertukangan besi yang ampuh kerana kerahsiaan yang keterlaluan tukang-tukang tua.

Melela lok 7 Sampir Kemuning Emas gred AA+ RM2100.00 ( SOLD OUT)

Jadikan Pusaka Peribadi. Kayu Kemuning Emas Matang Berplot Cantik.










Keris Melela Lok 7 Besi Tarung
Panjang keseluruhan 17 inci
Panjang bilah 13.5 inci
Pendokok Antik
Sampir dan ulu kemuning emas
Batang serunai kayu sena

Ulu patah 3 ( utk perhatian En.Shaharim)
















Che Mat Tukang Ukir Gong Bayur

Semalam selepas kelas tambahan dalam pukul 10.30 pagi saya telah sempat ke Kg Gong Bayur untuk berkongsi foto dengan sahabat-sahabat blog semua. Mat tukang besi atau Mat tukang ukir, itulah nama tubuh bergelar. Amat jarang tukang yang mempunyai 2 kemahiran serentak terutamanya kemahiran mengukir. Che Mat boleh mengukir hulu tajong tapi upahnya 3 kali ganda harga ulu tajong antik.





Che Mat juga amat dedikasi dalam bertukang dan bukan jenis tukang yang banyak karenah. Bengkelnya yang berada di hadapan rumah menempatkan tempat bertukang besi dan sekaligus tempat mengukir sampir. Saya mengambil kesempatan untuk menempah 2 buah hulu untuk kunjungan kali ini. Saya berjanji untuk mengambilnya dalam masa sebulan. Satu ulu tapak kuda untuk keris panjang dan satu lagi ulu patah 3. Lama juga saya memujuk Che Mat supaya menjual ulu coteng kerbau balar kepada saya, tapi gagal kerana ia adalah pusaka peninggalan orang tuanya.














Di samping itu juga saya berasa gembira sekali melihat anak-anak saudara Che Mat yang menghabiskan masa cuti dengan membantu beliau mengukir ulu dan sampir golok. InsyaAllah kerja seni warisan bangsa akan ada penggantinya.

Wednesday, May 28, 2008

Terima kasih atas persahabatan

Terima kasih saya ucapkan kepada Langkasuka kerana sudi mengirimkan Buku Laman Melayu Johor kepada saya sebagai hadiah tanda persahabatan .InsyaAllah persahabatan yang dijalinkan atas dasar keikhlasan dan persaudaraan sesama muslim akan kekal hingga ke akhir hayat.

Terima kasih atas ingatan.

Menjejak tukang-tukang sarung/sampir kelas A

Walaupun sekolah cuti saya tetap sibuk, di samping kelas tambahan pelbagai aktiviti sedang menanti untuk dibereskan. Dalam kesibukan itu saya sempat juga mencelah dan mencilok untuk menjejak tukang-tukang sampir ukir yang hebat-hebat. InsyaAllah foto-foto mereka akan saya masukkan dalam blog ini bersama hasil kerja tangan mereka.

Petang semalam lepas solat asar saya sempat juga memecut kereta buruk saya ke Kg. Kedai Menanti. Pertemuan singkat dengan tukang sampir muda bernama Man amat mengujakan saya. Hasil kerja tangannya amat bekualiti sekali. Saya meninggalkan kepadanya sebilah keris melela dan juga sebilah pisau sembelih untuk dibuat sampirnya.

Teras Delima saiz besar ( khas untuk Cikgu Hashim)




Ini adalah permata terras delima tempahan khas Cikgu Hashim . Beliau yang gemarkan permata bersaiz besar telah menempah 2 biji daripada saya. Satu telah siap, seadanya alam gambar ini. Manakala sebiji lagi sedang digilap oleh tukang.

Monday, May 26, 2008

Kunjungan Cikgu Zaidi


Tepat pukul 9.30 pagi tanggal 27 hb Mei 2008, Cikgu Zaidi telah melakukan kunjungan kali kedua ke rumah saya.
Tujuannya yang paling utama ialah mengambil keris-keris tempahannya sebanyak 4 bilah. Beliau juga turu t membawa koleksi golok dan kerambit yang menampilkan seni ukiran kayu yang menawan sekali.
Terima kasih daun keladi. Kalau boleh datnglah lagi.

Ulu kemuning patah 3 - RM130.00 ( tak termasuk pos)











Hulu Jawa Deman -untuk perhatian Arie ( RM150.00)






















Sunday, May 25, 2008

Rezeki ....

Rezeki Allah berjalan di atas tangan-tangan manusia. Jadi berusahalah untuk membuka pintu-pintu rezeki tersebut , insyaAllah ia akan sampai kepada kita dalam cara yang mudah. Hak orang jangan pula kita ambil, jujur dan amanah adalah amalan yang mulia.

Walaupun dunia bisnes penuh dengan tipu helah, hipokrik dan bermuka-muka, saya ingin berpesan kepada diri saya dan sahabat pengunjung-pengunjung blog ini agar sentiasa jujur dalam sebarang urusan. Jangan pula kita megambil kesempatan atas murah hati dan mudah kira bicara seseorang untuk kepentingan diri kita.

Sebenarnya sahabat-sahabat boleh merapatkan ukhwah dengan kemajuan teknologi internet masa kini, tetapi dgn syarat jadilah seorang yang berjiwa mulia dan bepekerti tinggi. Kalau tidak, tidak akan ada orang yang sudi berurusan dengan kita lagi. Wallahualam

Kerambit Pisang Sebiji RM 1400.00 (SOLD OUT)

OFFER 1200.00





Kerambit Motif buah Pisang Sebiji
Sarung Kemuning + Kayu Krismas
Mata pamor besi miang

Bugis Kecil RM600.00


Offer RM 400.00
(sold out)



Keris Bugis
Panjang keseluruhan 13 inci
Panjang bilah 10 inci
Ulu, sampir,batang serunai sena

Keris Lok 9 Pamor Lilit Ubi RM800.00 (baru)

OFFER RM600.00 sold out

Keris Lok 9
Pamor Lilit Ubi
Panjang Keseluruhan 15 inci
Panjang bilah 11 inci
Ulu, sampir dan batang serunai kemuning

Keris Beko Pamor Dada Upih RM1350.00

OFFER RM 700.00



Keris Beko Pamor Dada Upih ( Baru)
Panjang keseluruhan 14 inci
Mata 10 inci + ulu 3 inci