sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Saturday, March 15, 2008

Zamrud dan Harga

A. Zamrud 22 kt RM3500.00 ( Not for sale)



B. Zamrud 22kt RM10,000.00 ( not for sale)

Menyambung topik zamrud/emerald dalam posting sebelum ini. Di sini saya masukkan 3 foto cincin zamrud yang berlainan saiz dan kualiti. Terlebih dahulu saya memohon maaf kerana gambar yang diambil kurang kualitinya. Bukan kerana kamera tak elok tetapi ilmu fotografi yang terbatas.
Untuk cincin A (22kt) walaupun airnya jernih dan lutcahaya tetapi warnanya tak cukup hijau. Walau bagamanapun ia adalah antara yang sesuai dipakai oleh golongan pertengahan (kena tengok saiz poket).
Bagi cincin B ( 22kt) ia adalah kualiti A++ kerana airnya yang berkaca dan juga warna hijau yang cukup tua/matang. Walau bagaimanapun harganya cukup matang iaitu RM10,000.00(sesuai bagi mereka yang berpoket besar dan tebal)
Harga yang dipanerkan adalah harga yang diberikan kepada saya sebagai seorang peniaga permata dan cincin. Jika pelanggan biasa harganya naik lagi RM300.00 hingga RM500.00

1 comment:

syahir said...

uiii....lawonyerrr, dapat tengok jelahh... :)