Dalam sehari dua ini saya berasa amat bertuah sekali, ini kerana kehadiran seorang kenalan lama yang pernah sama-sama bersilat semasa zaman remaja ( 20 tahun lepas) dalam dunia perkerisan saya.
Petemuan semula yang tak disangka-sangka ini telah menambah kerancakan dan kelajuan dalam menyiapkan tempahan-tempahan sahabat semua. Ini kerana sahabat saya ini bekerja sendiri dan dapat menunggu dan melihat sendiri tukang besi menggodam besi.
Kerana sudah lama berkawan dan satu aliran saya berasakan lebih mudah memahami hati budi masing-masing. Inilah hasilnya, tempahan Iswandy hanya disapkan dlm masa 4 hari sahaja, begitu juga dengan tempahan Pulau 100 dan Zaidi, kini tinggal tugas tukang sarung pula untuk menyiapkan kerja-kerja menyarung.
Saya juga telah booking sebilah badik lurah besi hitam yang mana bilahnya sekitar 10 inci. InsyaAllah badik ini akan menjadi penanda aras kualiti penempaan badik tukang-tukang tersohor Kelantan masa kini. Sama-samalah kita nantikan. Munkin dalam seminggu dua lagi barulah selesai semua sekali proses melurah dan menyarung.
Thursday, March 06, 2008
Tempahan Khas
Posted by Mohd Nasir at 3:53 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment