Tuesday, March 11, 2008
Keris dan Fotografi
Hari ini saya bersembang dan berbincang dengan seorang sahabat yang telah melibatkan diri secara serius dalam bidang barangan antik di Kelantan. Antara topik utama ialah fotografi dan kuasa keris. Menurutnya sesetengah pembesar dan Sultan pada zaman dahulu tidak membenarkan keris-keris mereka dirakamkan. Ini kerana ia akan menghilangkan kuasanya.
Mungkin pada masa itu adalah zaman awal fotografi dan keris merupakan salah satu dari cara hidup masyarakat Melayu. Oleh kerana itu pantang larang dan adat dalam perkerisan amat dijaga. Bagi kita yang hidup dalam zaman siber ini, jika keris tak dapat diambil gambarnya maka saya tak dapatlah jual keris dalam internet. (ha..ha..ha)
Posted by Mohd Nasir at 5:25 AM
Labels: Dlm gambar Sultan Muhammad ke IV tidak menzahirkan keris yang dipakainya
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment