sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Thursday, March 06, 2008

Ilmu

Perkataan ilmu adalah dalam bahasa Arab, manakala dalam bahasa Melayu ia bermaksud tahu. Dalam kontek ilmu perkerisan pelbagai cara untuk mendapatkan ilmu. Cara yang paling mudah ialah dengan membaca buku-buku berkaitan dengan keris. Pada hari ini banyak buku-buku keris telah diterbitkan dan dijual di pasaran.

Selain itu bertanya dan berdiskusi dengan orang yang lebih arif juga merupakan satu cara untuk mendapatkan ilmu. Dalam kontek ini kita hendaklah pandai untuk mengemukakan soalan. Oleh sebab itu buku banyak membantu untuk kita mencipta soalan. Jangan pula bertanya soalan-soalan yang terlalu "bodoh" dan "remeh".

Berkunjung ke tempat-tempat penempaan keris juga merupakan salah satu saluran untuk mendapatkan ilmu, jika kita berada bersama tukang besi, kita akan melihat keris dari sudut yang berbeza sekali daripada apa yang kita rasa semasa bersembang dalam internet bersama rakan-rakan peminat dan kolektor keris.

No comments: