sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Monday, March 03, 2008

Besi Tarung

Artikel ini saya tulis sebagai menyahut panggilan En.Suhaimi dari Temasik yang menagih info tentang besi tarung. Walaupun saya tidak mampu menjawab kesemua persolan yang dikemukakan saya rasa artikel saya ini dapat mengubat sedikit rindunya pada persolan besi tarung.

Sebenarnya saya telah mengutuskan email kepada En.Suhaimi bagi menjawab persoalanya tapi dari aspek pengetahuan sedia ada saya. Manakala artikel ini adalah berdasarkan pandangan beberapa orang tokoh perkerisan di Kelantan.

Definisisi A:
Maksud tarung ialah hitam, jadi maksud besi tarung ialah besi hitam. Ciri-cirinya pula ialah sangat keras dan tajam. Pada zaman dahulu orang yang memiliki keris besi tarung biasanya adalah daripada Raja-raja, pemebesar dan orang kaya-kaya.

Definisi B :

Maksud tarung ialah pertarungan atau perkelahian. Jadi maksud besi tarung ialah besi untuk pertarungan. Jadi keris daripada besi tarung ialah keris yang dibuat untuk spesifikasi pertarungan iaitu tahan lasak, keras dan tajam.

Menurut cerita, Tukang Pandai Saras menetapkan tahap yang tinggi sebelum mengiktiraf sesebilah keris sebgai keris besi tarung. Antara caranya ialah dengan menguji sesebilah keris dengan menikamnya ke arah tempayan. Jika kekuatan mata keris itu mampu menembusi tempayan tersebut barulah ia diiktiraf sebagai besi tarung.

Terdapat pelbagai gelaran untuk besi tarung bergantung kepada jenisnya. Tapi besi tarung yang terbaik ialah besi tarung hitam . Wallahualam

No comments: