sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Thursday, March 06, 2008

Kayu berkualiti

Kayu berkualiti untuk sarung keris biasanya dipadankan dengan bilah yang berkualiti. Sehubungan itu pemilihan kayu amat penting. Ini kerana kayu yang berkualiti biasanya adalah dipilih daripada teras-teras.

Biasanya sarung yang cantik tedapat plot-plot pada sampirnya. Plot-plot ini pula hanya terdapat pada buku atau ruas-ruas kayu. Bayangkan berapa banyak kayu yang dibazirkan jika kita inginkan sampir dan ulu yang betul-betul cantik. Apabila pemilihan kayu telah dibuat maka ruang untuk melakukan kesilapan semasa menarah dan mengukir adalah sifar. Ini kerana kesilapan yang kecil sahaja akan mencacatkan kualiti sarung. Oleh itu jika harga sarung agak tinggi ia adalah berbaloi.

Ketika bersembang dengan May keris , beliau mengatakan untuk mendapatkan sampir, batang serunai dan hulu yang mempunyai motif/corak yang berkesinambungan bukannya mudah.

Bagi Paksu Zainon di Semerak pula ia banyak menggunakan kayu-kayu dibahagian dalam tunggul, kualitinya amat menakjubkan. Tapi sayangnya beliau tidak lagi mengambil tempahan, sebaliknya hanya membuat sarung untuk dirinya sendiri sahaja.

No comments: