sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Tuesday, March 04, 2008

Terima kasih atas saranan...

Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang mengemukakan idea-idea bernas tentang produk-produk baru untuk diniagakan. Antaranya ialah tempat meletak keris dari Saudara Hisham, kain songket untuk tanjak oleh Kencana, Tekpi oleh Shahril, meteor oleh Datuk Jaafar, Minyak Keris oleh Cikgu Zul.

Ada lagi beberapa produk yang diutarakan oleh sahabat-sahabat. Walau bagaimanapun tidak semua mampu saya lakukan kerana faktor masa yang amat terhad. Hampir setiap hari saya ada akativit mengajar silat pada pukul 5.00 hingga 7.00 petang. Waktu mengajar di sekolah pula hanya tamat pada jam 2.15 petang. Jadi dalam waktu yang terhad inilah saya terpaksa berkejar-kejar di atas jalanraya. Dan boleh dikatakan antara rutin saya ialah menghantar tempahan keris baru (terpaksa minta tolong kawan hantar kat tukang) , singgah di kedai tukang cincin, singgah di kedai permata serta singgah di kedai canai batu permata sebelum masuk kelas dan mengajar silat.

Jika ada urusan di luar dari Kota Bharu, biasanya akan saya lakukan pada hari sabtu sahaja. Saya juga berterima kasih kepada sahabat-sahabat yang menempah senjata kerana tahap kesabaran yang tinggi untuk menunggu. Almaklumlah tukang biasanya akan menyiapkan tempahan sesiapa yang menuggu kerja mereka. Di sinilah bahagian yang tak mampu saya lakukan. Bagi penenmpah jenis ini mereka akan bersama tukang hampir setiap hari. Alhamdulillah saya telah pun dapat seorang rakan yang boleh membantu mempercepatkan tempahan.

No comments: