sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Saturday, March 01, 2008

Terima kasih, terima kasih, terima kasih...

Itulah sahaja yang saya mampu ucapkan kepada beberapa orang yang saya anggap mentor saya dalam dunia perkerisan. Antaranya ialah Cikgu Arjunaidi, Cikgu Nordin, Zulkifli Gajah Mati, Nazurie, Wan Azlan dan beberapa orang yang tidak mahu namanya dihebahkan. Tanpa mereka mungkin dunia perkerisan saya agak sunyi. Kepada merekalah tempat saya merujuk dan bertanya khabar. Maklumlah seperti pantun Melayu:

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan

Sebenarnya dunia perkerisan bukanlah besar sangat, pusing kiri, pusing kanan akhirnya berlanggar bahu juga. Ini mengingatkan kita agar sentiasa menjaga etika dan tertib tak kira sama ada dari aspek tutur kata dan juga tingkah laku.

Indah keris dek kacang kembang
Disebut juga sikambing kacang
Dunia perkerisan makin berkembang
Warisan dijulang pusaka dipegang

No comments: