sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Saturday, March 01, 2008

Dating....

Hari ini saya telah menunaikan temujanji saya dengan sahabat dari Grik yang selalu menghubungi saya sama ada melalui sms atau telefon. Sahabat yang dimaksudkan ialah Cikgu Hisham yang betugas di PKG Grik. Oleh kerana asyik berbual saya terlupa pula nak mengambil gambar untuk dikongsi bersama.

Saudara Hisham merupakan seorang kolekter keris yang nampaknya mula serius dan insyaallah akan menjadi hardcore satu hari nanti. setelah bersembang di anjung Masjid Pasir Mas, kami solat berjamaah dan akhirnya makan tengah hari di bandar Pasir Mas.

Walaupun pertemuan itu agak singkat oleh kerana hambatan kesibukan masing-masing, ia amat bermakna bagi saya kerana boleh bertukar-tukar pendapat dan pandangan. Dalam pertemuan singkat itu juga saya sempat menunjukkan beberapa koleksi terbaru saya yang belum sempat lagi dimasukkan dalam blog. Saudara hisham juga turut membawa beberapa bilah keris untuk tatapan saya. Jika ada rezeki pada lain masa diharap dapat jumpa lagi. InsyaAllah

No comments: