sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Friday, March 07, 2008

Badik Rencong Lurah First Class

Bagi peniaga-peniaga senjata warisan di Kelantan nama Mazlan dan Setopa mungkin sudah lali bermain dibibir. Tukang Mazlan adalah antara tukang yang paling halus dan cantik rekabentuk bangunan( Isilah tukang kelate) asasnya. Walau bahaimanapun untuk mendapatkan khidmatnya adalah sukar sedikit. Hanya sahabat-sahabat tertentu sahaja yang biasa berurusan dengannya. Melihat kepada cara ia bertukang saya tabik spring kepadanya. Memang class dan berkualiti tinggi. Memang padan dengan harganya . Dan apabila hasil kerjanya siap, ia sentiasa menjadi rebutan peminat-peminat senjata warisan.

Seorang lagi tukang yangberada di rangking atas Tukang-Tukang Popular Minggu ini ialah Setopa, Beliau amat terkenal dalam menghasilkan badik rencong lurah. Kemahirannya yang tinggi dalam melurah amat dikagumi di Kelantan masa kini. Selepas kematian Arwah Pak Ya beberapa tahun lepas, Setopa kini berada di rangking no.1 dalam kategori melurah terutamanya badik rencong. Harganya boleh tahan. Semalam saya berjaya mendapat 2 bilah badik rencong lurah besi tarung hasil kerjatangan Mazlan dan Setopa. Harga bilahnya sahaja sudah dua kali ganda badik rencong lurah tukang-tukang lain. Saya menyifatkan kedua-dua tukang ini sebagai bertangan emas.

No comments: