sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Monday, March 03, 2008

Susahnya mencanai meteor....

Saya berasa amat bertuah kerana diperkenalkan dengan kehebatan meteor oleh Datuk Jaafar. Keinginan saya untuk memiliki sebentuk cincin meteor yang sesuai dengan citarasa mungkin akan tercapai dalam sedikit hari lagi.

Hari ini saya telah mendapatkan sebiji meteor cobochon yang agak besar dan jantan. Meteor bagi saya mempunyai keistimewaannya yang unik dan tersendiri. Bayangkan jika permata jenis lain boleh dilombong, meteor pula berasal dari langit. Dalam alQuran pula menerangkan bahawa malaikat menggunakan meteor untuk menenmbak jin dan syaitan yang cuba mencuri dengar perbualan urusan mentadbir alam.

Antara yang menjadikan meteor satu cabran ialah kekerasannya. Tukang-tukang canai batu merungut dan berleter kepada saya kerana membawa batu atau besi untuk dicanai. Habis mata canai yang baru dibeli rosak. Bayangkan mencanai selam 5 minit belum ada apa-apa perubahan.

No comments: