Pada masa kini bilangan peminat senjata warisan bukanlah terlalu ramai. Hanya terdapat kelompok kecil yang menjadikan koleksi peribadi mereka sesuatu yang terlalu peribadi dan disayangi. Sehubungan itu nilai seni, sejarah, mistik dan cerita disebalik sebilah keris amat dititiberatkan. Dalam keghairahan kita mengumpul keris-keris antik berkualiti pembuatan keris-keris baru terus berjalan saban hari.
Tukang-tukang keris belajar dari pengalaman mereka hari demi hari. Sehubungan itu juga proses membuat keris bermula dengan pencarian besi-besi berkualiti sama ada besi sebatang, atau campuran besi untuk sesebilah keris. Antara besi sebatang yang tidak memerlukan campuran besi lain ialah seperti besi tarung hitam, ini kerana kekerasan dan ketajamannya yang diperlukan. Aspek pamor tidak begitu dititik beratkan kecuali untuk menambah serinya lurah-lurah dibuat. Lurah sesuai untuk besi tarung kerana apabila dicanai dan direndam untuk proses pembersihan tidak berlaku serpihan " sompeh" pada juring lurah yang dibuat.
Keadaan ini berbeza dengan besi-besi yang kurang keras. Biasanya besi-besi ini dicampurkan dicanai (diuli/campurkan) untuk menghasilkan pamor. Besi-besi berpamor biasanya sudah menunjukkan kualitinya walaupun belum lagi dibentuk. Kilaauan perak, garis-garis halus, bunga-bunga corak biasanya sudah jelas pada sesetengan besi lama yang ditemui.
Hargailah senjata warisan yang sahabat miliki. Janganlah dilangkah atau di letak bertindih-tindih
Thursday, March 27, 2008
Mencari besi berkualiti dan cantik
Posted by Mohd Nasir at 4:27 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment