Zamrud 20 karat
Memenuhi hasrat sahabat-sahabat yang ingin menyambung perbualan dalam multiply saya memasukkan posting ini untuk berkongsi pengalaman.
Terus terang saya katakan bahawa cincin zamrud saya ini bukanlah yang terbaik pernah saya miliki. Sebelum membeli zamrud ini saya memiliki zamrud dalam 13 karat sahaja. Kilauannya amat menarik kerana dikategorikan sebagai " air kaca".
Untuk memenuhi kategori terbaik zamrud saya ini mestilah bebas dari kotoran seperti yang ada di sisi kiri dan kanannya. Airnya hendaklah lebih jernih dan hijau. Semakin berkualiti zamrud semakin jernih airnya dan semakin hijau warnanya.
Dari sudut harga pula saya membeli zamrud ini awal tahun 2007 dengan harga RM2500.00 dan sekarang bernilai sekitar RM 3500.00 ke bawah. Jika ia lebih jernih dan hijau harganya boleh mencecah RM10,000.00.
Semasa membelinya saya telah sedar semua itu tetapi menbelinya atas dasar saiznya yang besar iaitu 20 karat. Ia juga menarik perhatian jika dilihat dari jauh kerana bentuknya yang jantan. Saya pernah bercadang untuk menjualnya pada suatu masa dahulu tetapi atas nasihat rakan-rakan yang lebih arif, saya dinasihatkan untuk menyimpannya keran dikhuatiri tidak akan berjumpa lagi saiz sebegini dengan harga yang dibeli.
3 comments:
subhanalllah.. terkejut den bila tau RM10 k???? huh, napa ek mahal? ke memang standard gitu. maaf bertnya kerana berminat nk tau la :)
Itulah, harga batu yang berkualiti tinggi, kadang-kadang mengalahkan harga sebuagh proton buruk
dekat colombia tu yang meng'escort' zamrud mentah ni ke kilang pakai AK47 bang...berderai kepala kalau kena. ehehe
Post a Comment