sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Monday, March 17, 2008

Teras Kemuning Hitam.... Rezeki tak diduga.Alhamdulilllah.

Batang kemuning hitam dalam bentuk asal bersama kulit dan gubalnya. Saya rasa jika saudara terjumpa tentu saudara rasa ia kayu buruk yang tak berguna.
Teras yang bernilai tinggi bila kulit kayu dan gubalnya ditarah


Beberapa hari lepas dalam kesibukan , saya mendapat panggilan telefon dari seorang tua yang meminta tolong kerana tidak ada kenderaan sendiri. Walaupun terlalu sibuk dan sudah berada di bandar Kota Bharu, saya terpaksa bergegas pulang semula ke rumahnya yang berhampiran dengan rumah saya. Saya ikut sahaja arahan dan kemahunnya nak ke mana.
Akhirnya setelah urusannya selesai , saya mendapat habuan 2 benda pada hari itu sebagai tanda terima kasih, yang pertama teras kemuning hitam di atas dan sedikit sumbu badak warna putih. alhamdulillah, rezeki tak terduga.

6 comments:

syahir said...

itulah yang dinamakan budi yang baik dibalas jua. Rezeki dari Allah belaka.

Anonymous said...

Alhamdulillah, memang saya sangat berhajat kepada teras kemuning hitam dalam sehari dua ni.

langkasuka said...

Salam
Cekgu, maaf saya bertanya lagi, mungkin kekurangan ilmu saya atau terlepas pandang, Sebenarnya apa yg dimaksudkan teras ini? Adakah bahagian pangkal pokok atau bagaimana?
peace

Anonymous said...

Teras ialah bahagian pokok yang berada ditengah, ia merupakan kayu yang padat dan keras, bukannya bahagian kayu yang lembut ( gubal)kayu yang lembut akan reput dimakan cuaca, manakala teras tahan cuaca dan keras

Anonymous said...

Teras terjadi di mana-mana sahaja bahagian pokok. Biasanya jika pokok berteras, semua bahagian pokok akan ada teras samaada batang, dahan dan juga ranting.

Anonymous said...

sumbu badak, cikgu ?

Biar betul !?

Nanti kena tangkap PERHILITAN !