Antara tasbih yang paling cantik pernah saya buat untuk rakan-rakan ialah tasbih daripada tanduk rusa. Mungkin anda tidak pernah mendengarnya. Malangnya kerja pembuatannya agak rumit dan upahnya mahal. 4 tahun lepas upahnya RM100.00. Harga tanduk tidak kira lagi. Warnanya putih kekuning-kuningan.
Tasbih kemuning hitam juga cantik kerana semakin lama kita gunakan ia akan semakin berkilat . Jika nak dibandingkan kualiti kayu antara gemunggal dengan kemuning memang kemuning lebih berkualiti kerana kehitaman dan kekerasanya. Tapi yang paling menjadi rebutan ialah tasbih teras gemunggal. Ini kerana kesukaran untuk mendapatkannya. Dalam 10-20 tahun jarang-jarang sekali kita dapat gemunggal berteras. Jika dapat pun orang dah potong kecil-kecil dan dibahagi-bahagikan.
Walau bagaimanapun yang paling penting adalah zikir kepada Allah bukanya berzikir kerana biji tasbih. Anggaplah teras gemunggal sebagai satu keajaiban dan tanda kebesaran Allah. Lahaulawala qu wataillbillahil aliyil aziim.
Thursday, November 01, 2007
Tasbih
Posted by Mohd Nasir at 8:30 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment