sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Monday, November 12, 2007

Keris Tajung ( Pekaka)

Dalam sehari dua ni saya telah menemui ramai sahabat yang memiliki koleksi tajung di sekitar Kota Bharu dan Pasir Mas, akhirnya saya membuat satu kesimpulan bahawa harga tajung akan sentiasa meningkat kerana tidak ada tajung yang baru dibuat.

Rata-rata hulu tajung biasa sahaja(tanpa mata dan sarung) sudah mencecah harga daripada RM500.00 hingga RM800.00 bagi yang diperbuat daripada kayu. Manakala yang ditatah suasa atau perak/emas harganya mencecah ribuan ringgit.

Saya dan sahabat saya di Telipot En.Nazurie sedang berusaha untuk mencari keris-keris Tajung antik yang masih berada di tangan penduduk kampung yang tidak dijaga (terbiar) untuk dibaikpulih dan diservis supaya ia tidak hilang begitu sahaja.

1 comment:

shermannsixk said...

Asalam tuan, saya mengusahakan pembuatan pelbagai model dari key chain, fridge magnet dan kereta motor... semuanya secara hobi... Baru-baru ini saya hasilkan sebuah tajung replica beserta keris dan sarungnya sekali menggunakan bahan pembuatan model saya dan sudilah kiranya untuk memberi sedikit komen sekiranya tidak keberatan. boleh jenguk link yang saya sertakan ini.. https://www.facebook.com/pages/Shermannsixk-Composite-dream/144499035586366?sk=photos_stream