sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Saturday, November 03, 2007

Amber

Hari ini saya telah hantar 3 ketul amber untuk dijadikan permata kepada sahabat saya En.Kori tukang canai batu di Aked Uda. Anggaran saya sekurang-kurangnya 8 biji permata akan siap dalam seminggu dua lagi. Untuk makluman sebiji permata amber biasanya dijual dengan harga RM120.00 sebiji di Kota Bharu.

Bagaimana caranya untuk membezakan amber asli dengan sintetik. Antara caranya ialah dengan membakar cebisan amber. Amber biasanya terbakar dengan asap jernih dan mudah padam, berbanding dengan sintetik yang mengeluarkan asap hitam serta sukar padam. Warna amber asli ialah warna madu.

Satu lagi keunikan amber ialah kesukaran untuk membelahnya dengan mata canai, biasanya ia akan terserpih. Ini kerana struktur amber berbeza dengan struktur batu atau kayu. Jika amber yang anda beli terlalu sempurna dan mempunyai ciri-ciri dalaman yang sama dengan amber-amber lain, berhati-hatilah bimbang takut terbeli amber sintetik.

Saya bercadang untuk menjual permata amber saya dengan harga RM100.00 sebiji termasuk belanja pos. Jika ada yang berminat bolehlah membuat tempahan sekarang.

Saya tak boleh nak pastekan gambar amber tu lagi kerana berada dikedai canai batu permata.

No comments: