sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Sunday, November 11, 2007

Sindrom pinjam

Pengalaman mengajar silat lebih 20 tahun menemukan saya dengan pelbagai jenis anak murid. Pelbagai karenah telah saya temui, antaranya ialah suka meminjam dan tak pandai memulangkan. Amat jarang pesilat masa kini memiliki senjata latihan mereka sendiri. Sama ada pisau, keris, tongkat, parang , lembing, kerambit, cotar, tekpi dan sebagainya. Hasilnya mereka tidak akrab dengan senjata sendiri.

Yang lebih aneh ialah apabila mereka meningkat dewasa, minat untuk memiliki senjata sendiri juga tidak pernah wujud. Yang mereka miliki hanya kereta mewah dan juga rumah besar. Mereka juga gagal memulangkan amanah Allah kepada mereka iaitu anak untuk mempelajari silat sebagaimana mereka pernah belajar dahulu.

No comments: