sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Sunday, November 11, 2007

Keris Pertama Saya


Pada tahun 1984 saya telah menenempah keris pertama saya untuk latihan silat. Empu yang menyiapkan keris saya bersama 3 lagi rakan karib telah lama meninggal dunia. Tok Awang Pangkalan China, nama ini menjadi nostalgia kepada saya dan rakan-rakan kerana keakraban dalam urusan menempa senjata dan juga tempat melepak sehingga larut malam.

Keunikan arwah Tok awang ialah kerana menempa keris bersama isterinya. Isterinya yang berbadan gempal sangat gagah dalam menghayun tukul mengetuk besi.


Bersama 4 bilah keris pertama inilah Gayong Bachok telah melahirkan ribuan murid yang mengenal selangkah dua ilmu keris Melayu. Walaupun sarungnya telah beberapa kali bertukar ganti tapi mata dan hulunya masih lagi gagah. Harganya pada masa itu ialah RM40.00. Sebagai seorang pelajar di tingkatan empat mendapatkan wang sebanyak itu amat memeritkan. Kini semuanya menjadi nostalgia indah perjalanan hidup saya.

No comments: