sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Sunday, November 04, 2007

Murah hati dengan guru

Apabila kita mengunjungi guru-guru tua sama ada dalam silat atau pun tasauf maka amalkan sifat pemurah kepada guru kita. Bawalah buah tangan semasa berkunjung ke rumahnya. Sekurang-kurannya bawalah sedikit biskut ataupun sekilo gula untuk mengembirakan hatinya.

Semasa nak meninggalkan rumahnya hulurkanlah walaupun RM10.00 ke dalam sakunya. Walaupun guru berkeras menolak pemberian anda, tinggalkanlah di mana-mana. Jangan lupa RM anda tidak bernilai sedikitpun berbanding ilmu yang anda dapat dari guru anda.

Jangan jadi murid tasauf yang menghabiskan beras gurunya sahaja. Apa yang guru bagi semua kita bedal, makan,minum,barang,ilmu, semuanya kita sapu. Tapi kita sendiri tahi hidung masin. kedekut,kikir,bakhil. ( ha,ha,ha - jangan kecil hati kawan-kawan )

No comments: