sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Friday, November 02, 2007

Silat dan seni

Menyaksikan segelintir masyarakat yang ingin mengambil jalan pintas dalam usaha mengajar dan belajar silat amat merungsingkan pencinta seni silat tulen. Apabila seni dan adat luput dalam silat maka yang ada dalam silat hanyalah silap dan kekasaran pergerakan fizikal sahaja.

Cuba anda bayangkan semasa persembahan tempur, seorang pesilat boleh menari dengan seronoknya dengan memberi belakangnya kepada musuh. Ini bukan menggambarkan silat tetapi silap asuhan.

Tapi apakan daya walaupun hati menggelegak memberontak kami gagahi juga menyuap hidangan yang disediakan. Belajarlah ilmu silat yang sebenar, jangan jadikan silat sebagai kuda tunggangan untuk mencari kekayaan dan sanjungan.
Wallahualam.

No comments: