Hulu Kemuning Kuning
Friday, November 30, 2007
Badik Rencong Sarung Ukir Motif Ikan Emas RM1600.00
Hulu Kemuning Kuning
Posted by Mohd Nasir at 6:06 AM 1 comments
Thursday, November 29, 2007
Berhati-hati membeli senjata/barangan antik
Berdasarkan pengalaman sendiri dan rakan-rakan, banyak cerita boleh dikongsi akibat memiliki senjata/barangan antik. Untuk pengetahuan sahabat semua, apabila seorang pendekar ingin membuat senjata peribadinya ia akan mengarahkan tukang besi agar membuat yang terbaik untuk dirinya. Biasanya ia sendiri yang mengumpulkan besi-besi terbaik sama ada dari segi pamor dan juga sejarah besi itu sendiri.
Ada juga besi yang diremdamkan di tempat-tempat tertentu untuk tujuan pengubatan seperti mengelakkan gangguan makhluk halus. Ini terpulang kepada ilmu dan tuntutan pendekar tersebut.
Semasa proses mengetuk besi biasanya tukang besi akan mengamalkan puasa-puasa tertentu sesuai dengan permintaan bakal pemilik senjata. Di samping jampi serapah dan doa-doa semasa mengetuk besi, biasanya tukang besi akan membuat perjanjian dengan 'penjaga keris' untuk menjaga pemilik dan keturunannya. Hasilnya kita dapati banyak cerita aneh timbul berkait
dengan senjata-senjata antik.
Sehubungan itu jika jika berlaku timbul sebarang gangguan pastikan ia di atasi segera sama ada dipulangkan semula keris itu atau cari orang yang arif untuk menyelesaikan masalah kecil anda.
Posted by Mohd Nasir at 1:36 PM 1 comments
Berkongsi maklumat dan ilmu
Dalam sehari dua ni dunia blog saya semakin meriah kerana ramai sahabat dinegeri Cik Siti Wan Kembang dan negeri-negeri lain menghubungi saya sama ada melalui sms atau pun telefon. Sebenarnya saya bukan seorang yang betul-betul pakar dalam ilmu keris. Apa yang saya tahu sedikit sebanyak itulah yang saya kongsikan dengan saudara. Jika saya tak tahu saya akan jawab tak tahu.
Saya juga mengalu-alukan pandangan, teguran serta komen dari saudara sahabat semua. Ini kerana dengan cara ini kita boleh berkongsi maklumat dan ilmu. Orang yang pemurah ilmunya insyaallah akan murah rezekinya.
Posted by Mohd Nasir at 1:25 PM 0 comments
Coral
Dalam istilah Melayu, coral ialah batu karang dan bagi istilah arab pula ialah marjan. Bagi masyarakat Melayu Nusantara mereka lebih mengenali coral dengan nama akar bahar. Ia samaada bahar merah atau hitam. Bahar merah lebih mahal daripada bahar hitam. Bahar merah itulah red coral (marjan) yang disebut-sebut orang. Biasanya red coral adalah poros dan tidak sekeras batu-batu permata lain. Kekerasanya ialah sekitar 4 kebawah.
Jadi berwaspadalah apabila anda membeli marjan yang seperti kaca kerana dikhuatiri kaca. Marjan juga biasanya ada garis-garis halus apabila dipotong lintang. Ia juga biasanya mempunyai lubang-lubang pada badannya.
Berhati-hati membeli marjan kerana risiko tertipu adalah tinggi.
Posted by Mohd Nasir at 4:34 AM 0 comments
Red coral ( Imitation)
Posted by Mohd Nasir at 4:23 AM 0 comments
Wednesday, November 28, 2007
Keris Beko
Keris beko amat jarang dimiliki oleh generasi baru, ini kerana ia tidak sesuai untuk latihan silat dan untuk tikam menikam. Ini kerana bentuknya. Insyaallah saya akan kongsi bersama koleksi keris beko saya dalam seminggu dua lagi, ini kerana ia baru saya hantar untuk disiapkan sarung.
Posted by Mohd Nasir at 4:20 PM 0 comments
Alhamdulillah...
Hari ini 28 hb November, pelajar-pelajar STPM SMK Badak menduduki kertas 922/2 Kesusasteraan Melayu Moden. Saya sebagai guru yang mengajar mereka selama 2 tahun iaitu semasa 6 Rendah dan 6 Atas berasa sedikit bimbang, maklumlah banyak pihak yang menuntut kecemerlangan dan kejayaan pelajar-pelajar STPM.
Berkebetulan hari ini saya ada musaqah yang tidak dapat dielakkan, jadi saya tidak dapat hadir bertugas untuk memberi semangat dan perangsang kepad pelajar-pelajar saya. Selepas solat maghrib saya menelefon pelajar-pelajar saya bertanyakan khabar. Alhamdulillah soalan bahagian B,C dan D keluar apa yang selalu saya bincangkan dalam kelas. Harap-harap ramai dapat A. InsyaAllah.
Posted by Mohd Nasir at 8:00 AM 0 comments
Khasiat Tanduk Rusa
Hari ini saya key chain tanduk rusa pertama saya telah bertukar tangan kepada seorang sahabat. Beliau yang teruja apabila memiliki key chain tersebut memberitahu saya bahawa antara lain khasiat tanduk rusa ialah untuk mengubati penyakit mata. Wallahualam.
Posted by Mohd Nasir at 7:32 AM 0 comments
Chatting box bermasalah...
Maaf kepada rakan-rakan semua kerana sistem chatting box mengalami masalah.
Posted by Mohd Nasir at 3:53 AM 0 comments
Tuesday, November 27, 2007
Key Chain Pangkal Tanduk Rusa ( RM 50.00)
Key Chain ini diperbuat dari pangkal tanduk rusa (berhampiran dengan kepala) dan ianya sangat keras. Stoknya sangat terhad. Saya akan membuatnya berdasarkan permintaan sahaja.
Jika saudara ke kedai ubat Cina saudara akan tahu betapa murahnya harga key chain yang saya jual dalam blog ini.
Khasiat Tanduk Rusa : http://terussehat.com/artikel.php?n_id=00050002
Posted by Mohd Nasir at 9:49 AM 0 comments
Prehnite 45ct ( RM200.00)
Posted by Mohd Nasir at 9:02 AM 0 comments
Sundang Antik ( RM2000.00)
Minggu lepas saya mendapat sebilah sundang antik tanpa hulu dan sarung. Sundang ini amat cantik dan berkualiti tinggi. Sehubungan itu saya telah membelinya tanpa menoleh ke belakang lagi.
Sundang antik tersebut kini dalam proses menyiapkan sarung dan hulunya. Jika dilihat kehalusan seni pembuatan sarung sundang Che Aidil saya rasa sundang antik saya ini akan dapat memikat pelanggan-pelanggan tetap saya.
Posted by Mohd Nasir at 8:48 AM 0 comments
Green Tourmaline 6.5 ct
Sebenarnya green tourmaline 6.5 ct ini saya beli khusus untuk sahabat di CIMB investment yang teruja dengan citrine 9.5 ct. Sebaik sahaja menerima citrine 9.5 ct beliau terus menempah green tourmaline walaupun harga green tourmaline yang bermutu tinggi jauh lebih mahal daripada citrine.
Semasa saya berkursus di Kl minggu lepas, saya sempat ke Gombak bersama Najmie ke Kedai Permata " Alam Permata". Kagum dgn keramahan pemiliknya Uncle James, saya telah membeli 3 biji permata. Pertama pink tourmaline 7 ct, kedua garnet spesartite 6.5ct dan ketiga prehnite 45ct.
Saya bercadang untuk menjadikan Pink tourmaline 7 ct dan prehnite 45ct sebagai koleksi. Ini kerana jarang sekali untuk betemu dgn batu-batu yang unik seperti ini. Garnet spesartite 6.5 ct sudah ada rakan yang berkenan dan saya telah hantar ke kedai untuk di ikat dengan perak bersama dengan green tourmaline.
Posted by Mohd Nasir at 8:16 AM 0 comments
Tak sampai hati...
Semasa saya melawat Pak Ku Hassan semalam di Unit Rawatan Rapi Hospital Besar kota Bharu, dia berbisik kepada saya tentang tempahan tasbih kemuning dan teras gemunggal saya. Walau bagaimanapun saya tidak menyambung cakapnya kerana tidak sampai hati melihat keadaan kesihatannya yang masih bernafas dengan bantuan mesin.
Harap kepada sahabat-sahabat yang menempah tasbih dan permata gemunngal harap bersabar. Insyaallah jika ada rezeki saudara semua akan memilikinya.
Posted by Mohd Nasir at 5:38 AM 0 comments
Rantai Kunci ( key chain) tanduk rusa
Dulu saya suka menjadikan koleksi peribadi saya benda yang pelik-pelik, antaranya ialah keychain daripada tanduk rusa. Jika ada yang berminat saya akan buatkan untuk saudara. Harganya sekitar RM50.00 ke bawah.
Kalau kita pergi ke kedai sinseh china biasanya dia akan mengikis sahaja tanduk rusa serta ditimbang untuk dijadikan ubat.
Walau bagaimanapun saya tidak berapa pasti ( kurang cerap) khasiat sebenar tanduk rusa. Harap saudara yang berminat boleh mencari alam internet tentang khasiat perubatan tanduk rusa.
Posted by Mohd Nasir at 5:08 AM 0 comments
Monday, November 26, 2007
Sold out
Semua koleksi pedang Melayu saya sudah dijual termasuk pedang mata lembut. Yang tinggal hanya 2 bilah pedang Melayu Mersing sahaja. Terima kasih semua.
Posted by Mohd Nasir at 9:43 PM 0 comments
Tukang sarung
Hari ini saya telah membazirkan masa saya selama sepetang. Sebaik balik dari melawat Pak Ku Hassandi hospital saya telah mula menarah kayu krismas untuk dijadikan sarung pisau melapah yang baru siap.
Setelah ada bentuk kasarnya saya telah cuba membelah sarung itu dgn perlatan mana yang ada. Akhirnya kayu itu rosak dan dibuang begitu sahaja.
Moral cerita ini bukan senang untuk kita menyiapkan sebilah sarung pisau, jadi biarkan mereka yang pakar dalam bidangnya sahaja yang mengusahakannya.
Walau bagaimanapun saya belum serik lagi. Insyaallah akan saya ikhtiarkan juga untuk menyiapkan sarung pisau ini untuk mencabar diri sendiri.
Posted by Mohd Nasir at 7:54 AM 0 comments
Marjan ( red coral)
Dalam 2 minngu lepas, saya dan anak saudara saya iaitu Faiz yang sedang menuntut di England telah berpakat untuk membeli marjan dari China secara online. Berdasarkan gambar marjan itu menampakkan ciri-ciri keaslian.
Apabila ia sampai ke tangan saya beberapa hari lepas saya juga bersa yakin yang ia adalah original berdasarkan pengamatan mata kasar dan setelah saya belah sebiji daripadanya untuk melihat lapisan dalaman marjan yang halus. Ramai kawan-kawan mengatakan ia adalah ori.
Akhirnya saya telah membawa marjan tersebut kepada pakar yang mempunyai wibawa dan memiliki otoriti dan pakar dalam bidang geomologi. Ternyata ia adalah tiruan . Akhirnya marjan sebanyak 22 biji itu akan saya jadikan peluru lastik sahaja.
Kalau ada kawan-kawan yang nak boleh hubungi saya. Bayar modal + belanja pos.
Posted by Mohd Nasir at 7:44 AM 0 comments
Sunday, November 25, 2007
Latihan Untuk Pertandingan Silat olahraga
Biasanya latihan akan disesuaikan dengan jangka masa pertandingan :
1. Jangka panjang
2. Jangka pendek
Jika masa pertandingan masih panjang kita masih boleh membina skill atau kemahiran pesilat sama ada tendangan, tumbukan, jatuhan.
Tetapi jika maa sudah suntuk latihan lebih tertumpu kepada tektik dan juga teknik untuk mencari mata. Pembinaan skill sudah tidak sesuai lagi. Guna pakai apa yang ada pada pesilat sahaja.
Posted by Mohd Nasir at 6:54 PM 0 comments
Kemahiran (skill) dalam silat
Skill atau kemahiran berkait rapat dengan teknik dan juga timing. Gabungan kedua-dua elemen itu akan mewujudkan skill yang ampuh. Keberkesan unsur serang dan bela dalam silat banyak bergantung kepada kedua-duanya. Jia kita ada skill mengelak yang baik, tapi timing tidak betul maka jadilah penendang sampai dahulu baru nak dielak atau ditepis.
Timing banyak bergantung kepada darjah ketepatan anggaran yang kita buat bila hendak menyerang atau mengelak. Di sinilah lebihnya kalau anda dapat membaca gerak lawan.
Manakala untuk mendapatkan teknik yang betul anda perlukan jurulatih yang baik dan mampu menunjukkan cara melakukan sesuatu gerakan dengan terpeinci dan betul , termasuk dari segi logik dan juga rasionalnya. Kemudian teknik-teknik itu dilatih berulang kali untuk pelaziman.
Posted by Mohd Nasir at 2:56 PM 0 comments
Pisau Melapah
Semalam pisau melapah yang saya tempah telah siap sebanyak 6 bilah. Mengikut janji ,semunya telah ditempah oleh rakan-rakan guru di sekolah saya. Sehubungan jika ada rakan guru yang tidak jadi ambil pisau-pisau tersebut barulah saya akan pastekan dalam blog. Harganya sekitar RM110.00 termasuk belanja pos. Berdasarkan sebilah pisau yang telah diasah saya rasa pisau-pisau ini tajam dan sesuai untuk melapah.
Posted by Mohd Nasir at 2:45 PM 0 comments
Thursday, November 22, 2007
Renunglah ke dalam diri
Kadang-kadang kita gagal mengawal diri dengan bercakap berlebih-lebihan. Dalam percakapan kita seringkali menyebut bahawa tujuan kita bukan untuk membesar-besarkan diri atau takabbur.
Sebenarnya kita telahpun berada diambang ujud dan ria'. Kerana kita berasakan kita sahaja yang tahu, kita sahaja yang lebih, semua yang orang lain tahu adalah lebih rendah tarafnya daripada kita. Hakikatnya kita gagal mengawal diri kita .
Posted by Mohd Nasir at 3:02 PM 0 comments
Back to blog!
Terima kasih semua, fuuh leganya kursus dah tamat. Untung juga berkursus dapat jumpa kenalan baru dan bertemu dengan kawan-kawan lama dari seluruh negara. Terima kasih juga kepada semua kerana sudi berkunjung ke blog saya.
Posted by Mohd Nasir at 2:49 PM 0 comments
Sunday, November 18, 2007
Kursus Asas Pembuatan Cincin Perak (SEGERA)
Posted by Mohd Nasir at 12:59 AM 0 comments
Saturday, November 17, 2007
Gol kecil dan perlawanan sebenar
Dalam bolasepak, jika anda dibimbing oleh coach yang terlatih maka kita lihat latihannya hanya menggunakan gol bersaiz kecil dan padang kecil sahaja. Begitu juga dalam bidang sukan lan seperti melontar lembing, amat jarang sekali mereka mnggunakan lembing yang sebenar. Biasanya mereka hanya melontar kain tuala kecil dan sebagainya.
Begitu juga dalam bidang tasauf, pengalaman-pengalaman kerohanian yang anda banggakan hanyalah satu latihan untuk menambah keyakinan, meneguhkan pegangan , memberikan kegembiraan dan merupakan satu ujian kepada anda.
Yang lebih berat ialah mampukan latihan yang anda jalani dipraktikkan semasa berhadapan dengan ujian sebenar iaitu kehidupan seharian saudara. Diharap gol kecil semasa latihan dapat menajamkan fokus saudara untuk merembat dengan lebih tepat menewaskan pemain pertahanan lawan dan penjaga got terbaik dunia. Goooooooooooold.
Posted by Mohd Nasir at 3:17 PM 0 comments
Perjalanan dan Destinasi
Dalam pengajian tasauf setiap penuntut ada destinasi yang sama pada peringkat awal. Walau bagaimanapun mereka tidak pasti bagaimana dan di mana destinasi mereka yang sebenarnya. Andaian dan anggapan menjadi bualan dan harapan.
Dalam perjalanan mencari destinasi ramai yang singgah di perhentian-perhentian kecil sepanjang jalan mengutip titipan indah, keramat lagi hebat. Walhal guru sudah berpesan kalau jumpa bunga yang wangi, boleh ambil sekejap, cium baunya yang wangi, letakkan semula dan teruskan perjalanan.
Destinasi yang sebenar ialah meneruskan kehidupan anda berdasarkan pengalaman kerohanian yang pernah saudara tempuh melalui pengalaman kerohanian semasa belajar tasauf. Pengalaman kerohanian bukan destinasi sebenar. Wallahualam
Posted by Mohd Nasir at 3:08 PM 0 comments
Makan gerak dalam gerak
Saya memohon maaf jika ada beberapa artikel saya mengenai "makan gerak dalam gerak menyinggung mana-mana pihak". Apa yang saya tulis berdasarkan pengalaman dan ingin membuka minda generasi baru agar lebih terbuka, kritis dan ada ruang untuk memahami slogan-slogan dalam silat. wallahuaalam.
Posted by Mohd Nasir at 3:49 AM 0 comments
OPEN GAYONG MALAYSIA 2007
Gayong Malaysia akan mengadakan Satu kejuaraan Silat pada 10- 14 hb Disember di Dewan Majlis Perbandaran Pandan Jaya ( kalau tak silap). Terima kasih kepada cikgu Adi Wijaya, Ustaz Khalid, Cikgu Li dan AJK yang sudi mempelawa Gayong Warisan Kelantan untuk turut serta. Insyaallah kami akan turut serta memeriahkan kejuaraan ini.
Posted by Mohd Nasir at 3:25 AM 0 comments
Friday, November 16, 2007
Thursday, November 15, 2007
Bisnes dalam blog...
Perniagaan dalam blog yang saya buat ini sebenarnya adalah secara tidak sengaja. Saya diperkenalkan dengan blog oleh rakan guru saya iaitu Cikgu Zulkifli Mat Salleh. Beliau seorang guru seni yang berpengalaman dan suka explore benda-benda baru dalam internet pada pertengahan tahun 2006.
Bermula dari situ saya cuba-cuba menulis. Cikgu Zul juga telah menganjurkan kursus Google Adsense yang disertai rakan-rakan guru di restoren herba Pasir Puteh selama sehari.
Saya mula feed up dengan google adsense apabila kena blok. Akhirnya saya kembali kepada diri saya yang sebenar iaitu memberi tumpuan kepada mendidik pelajar-pelajar silat saya dan menampilkan koleksi unik milik peribadi.
Saya tidak menjangka ia akhirnya menjadi satu medan pertemuan dengan sahabat-sahabat lama yang telah berpisah serta mendapat sahabat-sahabat baru yang mempunyai minat yang sama, sama ada dalam silat, senjata dan tasauf.
Bermula dengan saranan Cikgu Zaidi dari Pahang supaya memasukkan gambar-gambar keris untuk tatapan akhirnya ia mula berkembang kepada urusan jual beli. Terima kasih semua.
Pantun Mengenal :
Paku patah papan pecah
Pecah wajah dini hari
Jasad Muhammad Sifatu Allah
Terpahat jelas tersimpul mati
Posted by Mohd Nasir at 3:21 PM 1 comments
NANTIKAN KOLEKSI PEDANG-PEDANG MELAYU TERBARU UNTUK DIJUAL
Posted by Mohd Nasir at 6:04 AM 0 comments
Wednesday, November 14, 2007
Bersuluk nampak duit?
Siapa yang tak mahu duit, semua orang mahu duit. Dalam keghairahan mengejar duit akhirnya ramai yang tertewas . Kelicikan penipu-penipu profesional menggunakan ketamakan yang ada dalam diri kita ternyata berkesan.
Di alam Melayu/Islam ramai bomoh dikatakan boleh menarik duit, memanggil duit dan sebagainya. Kepada sahabat yang cenderung ke arah itu atau sudahpun terkena saya nasihatkan berhentilah atau beri nasihat kepada yang belum terkena.
Amat kasihan kita lihat ramai mereka yang pada awalnya kelihatan amat meminati tasauf dan ilmu ketuhanan akhirnya tersadai lemah apabila wang ringgit semua lesap dan menanggung hutang keliling pinggang. Akhirnya tuhan entah ke mana, wang entah ke mana, hanya badan dan jiwa yang merana.
Pesan orang tua-tua, sambil fikir zikir dan sambil zikir fikir.
Posted by Mohd Nasir at 1:23 PM 0 comments
Koleksi Pedang Melayu Antik ( RM400.00) SOLD OUT
Koleksi pedang Melayu yang baru disiapkan sarungnya kulitnya.
Panjang mata 25 inci
Sarung Kulit - Baru ditempah
Kategori antik
Saiz mata 1 1/4 inci
Posted by Mohd Nasir at 7:57 AM 0 comments
Permata Cincin Kemuning Hitam
Posted by Mohd Nasir at 3:03 AM 0 comments
Tuesday, November 13, 2007
Badik Besi Pupuk
InsyaAllah dalam masa terdekat badik besi pupuk saya siap sarungnya yang ditatah perak.
Posted by Mohd Nasir at 4:17 AM 0 comments