sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.

Monday, March 31, 2008

Kemuning Kuning

Terima kasih tidak terhingga diucapkan kepada Saudara Syahir kerana sanggup berkongsi sumber bahan mentah yang bermutu tinggi dengan saya. InsyaAllah jika tidak ada aral melintang saya akan membeli sepohon kemuning kuning untuk dijadikan sampir keris-keris dan senjata warisan .

Jika projek ini berjaya InsyaAllah sahabat-sahabat yang membuat tempahan juga dapat berkongsi bersama khazanah alam ini. Harga yang ditawarkan adalah berpatutan. Jadi saya tidak lepaskan peluang untuk membelinya dari negeri Perak Darul Ridzwan. Alhamdulillah.

Langkah Kedua....

Jika langkah pertama tadi tidak berkesan kita juga boleh memandikan kanak-kanak tersebut sehingga sejuk. Biasanya ia berkesan kerana syaitan dan jin yang dijadikan daripada api tidak suka kepada keadaan sejuk. Kajian saitifik juga menunjukkan unsur-unsur negatif akan mengelak daripada kesejukan. InsyaAllah

Jika kanak-kanak menangis keterlaluan di tengah malam....

Kejadian seperti ini sering berlaku dalam masyarakat kita. Sebagai ketua keluarga kita seharusnya mengambil tanggungjawab untuk cuba mengatasinya. Pastikan anak kecil kita tidak digigit serangga, kembung perut atau pun kelaparan. Jika sudah yakin sahlah ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku.

Mula-mula sekali cuba ingat dari mana ahli keluarga anda pergi atau balik dari mana. bukan apa risau takut ada yang ikut pulang. Kemudian kita ambillah langkah paling ringkas untuk mengatasi masalah dengan pergi ke dapur dan ambil segengam beras,sedikit lada hitam,sedikit garam campurkan serta masukkan ke dalam mangkuk kecil. Kemudian bacalah ayat-ayat suci al-Quran dan hembuskan pada campuran beras tadi.

Niatkan campuran beras dan bahan-bahan tadi sebagai peluru untuk menghalau makhluk halus yang menggangu anak kita tadi. Kemudian balingkan beras tadi ke sekeliling tempat di dalam rumah. InsyaAllah jika gangguannya tidak serius ia akan dapat diatasi dengan cara ini.

La haula wala quwwata illa billa hil aliyyil azim .

Mencelah.....

Dalam kesibukan terkejar-kejar ke sana ke mari menguruskan pelbagai perkara saya mencuri-curi masa untuk update blog kesayangan ini. Satu perkembangan yang amat positif bagi saya aktiviti kunjung mengunjung yang berlaku hasil daripada perkenalan di internet.

Saya juga turut membeli produk yang dijual oleh kawan-kawan. Perniagaan di internet berasaskan kepercayaan dan kejujuran. Keadaan akan menjadi manis dan harmoni apabila kita berurusan dengan jujur, sopan danmematuhi etika-etika perniagaan.

Sehubungan itu saya menasihati agar kita semua membuang niat, hasrat,angan-angan dan sebagainya yang tidak baik dalam aktiviti perniagaan di internet. Bahasa yang digunakan juga haruslah sesuai dan tidak menyakiti hati sahabat-sahabat lain.

Terima kasih atas sokongan sahabat semua. Toce, toce, toce

Sunday, March 30, 2008

Zamrud...tinggal 8 biji lagi

Seorang sahabat dari Perlis telah pun menelefon saya bersembang pasal Zamrud, beliau juga seorang yang " kemaruk" dengan kehijauan zamrud bersaiz besar. Walau bagaimanapun beliau telah pun booking 2 biji zamrud daripada 10 biji yang saya iklankan. Terima kasih daun keladi.

Pisau Melapah Sarung Ukir RM100.00( SOLD OUT)




Pisau Melapah Sarung Ukir
Panjang keseluruhan 12 inci
Panjang mata 7 inci
Besi spring lori

Keris Lok 9 RM450.00 (SOLD OUT)
















Keris Lok 9
Panjang keseluruhan 13 inci
Panjang mata 10 inci.
Besi Pamor

Zamrud 2.0 carat ke atas. RM 180.00 termasuk pos ( harga terserempak, tak tahu bila lagi nak jumpa)

HADIAHKAN UNTUK ISTERI KESAYANGAN SAHABAT.
MAMPU MILIK BERKUALITI TINGGI.

Petang tadi saya terserempak dengan seorang penjual batu permata zamrud yang menawarkan harga paling murah untuk saya dalam tahun ini.

Saya rasa ini adalah rezeki tersepak sahaja. Paling murah dalam sejarah pernah saya beli dari gurkha dan mana-mana peniaga permata di KB.

Setelah membelek dan memilih hampir setengah jam inilah yang terbaik yang saya dapat daripada penjual berkenaan.

Permata saiz ini biasanya menjadi rebutan rakan-rakan guru wanita di sekolah saya untuk dijadikan batu cincin kerana saiznya amat sesuai untuk wanita dan kanak-kanak. Saya tak dapat jamin ada stok lagi atau tidak sebaik sahaja saya mula bertugas pada haris selasa.

Saya beli 10 biji sekaligus, berkebetulan ada duit lebih sedikit dalam dompet. Jadi tanpa banyak tawar menawar saya terus bayar.

Rezeki Sahabat


Nampaknya inilah yang dikatakan rezeki tak siapa yang tahu. Setelah jenuh mencari dan meminta akhirnya seorang sahabat telah dapat memiliki permata seperti gula-gula ini. Dalam kesukaran untuk memperolehinya seorang sahabat telah mendapat jodohnya dengan permata kuning campur merah di atas ini di dalam blog saya.

Saturday, March 29, 2008

May Keris Tenat...

Sekembalinya saya dari Terengganu saya dikunjungi oleh Saudara Zainal dari Kuala Lumpur dan juga oleh Lam ( Jabatan Ukur) bersama rakannya.

Satu perkhabaran sedih saya terima dari Zainal ialah May tukang sarung tersohor sedang tenat dan sedang dirawat di hospital. Ia dikatakan mengidap barah. Doakan kesihatannya pulih seperti sediakala.

Kelam-kabut... maaf di pinta.(nyanyok sikit)

Maaf kepada sahabat-sahabat yang kecewa kerana sudah membuat tempahan, berlaku sedikit kekalutan dipihak saya kerana terlalu ramai pelanggan-pelanggan baru yang membuat tempahan nombor telefonnya hampir-hampir sama.

Sehubungan itu ketika membalas sms dan panggilan saya sering terkeliru tambahan pula semasa memandu. Berbanyak-banyak maaf saya panjatkan terutama kepada saudara Zaidil dari Kuala Lumpur.

Friday, March 28, 2008

HARGA RUNTUH Lok 7 Pamor Perut Ular RM750.00 ( Baru )- RM500.00 (SOLD OUT)

RM500.00 Untuk Bulan Mac 2008 sahaja









Panjang keseluruhan 17 inci
Mata 14 inci + hulu 3 inci
Hulu dan sampir kemuning, batang serunai sena

Entry dari Restoren TERAPUNG PUTERI Kuala Terengganu

Sebenarnya saya berada di Kuala Terengganu sejak pukul 12.00 thg tadi. Semua sms dan email saya balas semasa dalam perjalanan dan menggunakan WIFI di restoren Terapung Puteri sama ada menggunakan laptop ataupun telefon bimbit comunicator buruk saya.

Untuk makluman semua urusan pengeposan barangan hanya boleh dilakukan pada hari selasa kerana cuti umum diKelantan sampai hari Isnin sempena Keputeraan Sultan Ismail.

Maaf juga kepada saudara Lam kerana ketika dia menghubungi saya untuk bertandang ke rumah saya masih lagi di Kuala Terengganu.

Thursday, March 27, 2008

Tip mencabut senjata yang ketat dari sarung

Entry ini mungkin sudah ramai sahabat yang mengetahuinya. antara sebab sesebilah keris, pisau dan sebagainya ketat dan tak keluar dari sarung ialah akibat kadar kelembabapan yang tinggi di ddalam kayu, ini berlaku ketika cuaca sejuk dan hujan. Ia juga tak mahu keluar dari sarung kerana melekat pada bahagian sarung mungkin keran terlalu banyak minyak yang kita sapukan pada bilah dan banyak lagi sebab-sebab lain.

Sehubungan itu apabila ia sukar dicabut, pertama dedahkan senjata kita pada cahaya matahari, tapi jangan jemur teralalu lama. Jika ia tidak berkesan maka kita kena berkasar sedikit dengan "budak yang degil" . Caranya ialah dengan menepuk pada sampir dengan kuat , iaitu pada sampir dan juga batang serunai. Biasanya hanya sedikit sahaja bahagian yang melekat di dalam sarung.

Jika budak nakal kita ni masih tak mahu beralah maka kita kena gunakan cara yang lain pula. Caranya ialah dengan menggunakan player ( teringat Tengku Rizan) . Mula-mula cabut hulunya dan sepit dengan player pada puting. Lapik bahagian sampir dengan kain yang agak tebal dan ketuk ke arah yang berlawanan untuk memaksa ia keluar. ( sebaik-baiknya jangan dilakukan di hadapan custumor)

Cobochon Meteor RM200.00 SOLD OUT


Terdapat sedikit bahagian tidak rata ditepi sebelah bawah

Permata cobochon Meteor RM180.00/pcs SOLD OUT






Meteor bentuk cocochon yang baru siap dicanai. Terdapat sedikit lekukan dibahagian tepi . Kesukaran mencanai kerana terlalu keras, Oleh kerana meteor kos yang tinggi ini sahaja yang saya mampu lakukan. Stok sangat terhad. Sesuai untuk dijadikan loket atau cincin

Mencari besi berkualiti dan cantik

Pada masa kini bilangan peminat senjata warisan bukanlah terlalu ramai. Hanya terdapat kelompok kecil yang menjadikan koleksi peribadi mereka sesuatu yang terlalu peribadi dan disayangi. Sehubungan itu nilai seni, sejarah, mistik dan cerita disebalik sebilah keris amat dititiberatkan. Dalam keghairahan kita mengumpul keris-keris antik berkualiti pembuatan keris-keris baru terus berjalan saban hari.

Tukang-tukang keris belajar dari pengalaman mereka hari demi hari. Sehubungan itu juga proses membuat keris bermula dengan pencarian besi-besi berkualiti sama ada besi sebatang, atau campuran besi untuk sesebilah keris. Antara besi sebatang yang tidak memerlukan campuran besi lain ialah seperti besi tarung hitam, ini kerana kekerasan dan ketajamannya yang diperlukan. Aspek pamor tidak begitu dititik beratkan kecuali untuk menambah serinya lurah-lurah dibuat. Lurah sesuai untuk besi tarung kerana apabila dicanai dan direndam untuk proses pembersihan tidak berlaku serpihan " sompeh" pada juring lurah yang dibuat.

Keadaan ini berbeza dengan besi-besi yang kurang keras. Biasanya besi-besi ini dicampurkan dicanai (diuli/campurkan) untuk menghasilkan pamor. Besi-besi berpamor biasanya sudah menunjukkan kualitinya walaupun belum lagi dibentuk. Kilaauan perak, garis-garis halus, bunga-bunga corak biasanya sudah jelas pada sesetengan besi lama yang ditemui.

Hargailah senjata warisan yang sahabat miliki. Janganlah dilangkah atau di letak bertindih-tindih

Mengimpal dan mencanai

Mengimpal dan mencanai merupakan dua kerja rutin tukang-tukang besi yang kreatif. Kerja-kerja mengimpal memang rumit apatah lagi jika pelanggan yang banyak karenah inginkan pamor-pamor buatan yang agak susah. antara pamor yang susah ialah pamor lilit ubi, pamor zig zag, pamor cincang dan lain-lain lagi.

Tukang perlu menyusun besi dengan teliti untuk mewujudkan pamor-pamor buatan tadi. Ia tidaklah semudah mengadun tepung gandum. Apabila besi siap dikimpal sudah jelas kepada kita bentuk pamor yang dikehendaki walaupun kerja-kerja penempaan keris belum dilakukan.

Setelah kerja-kerja penempaan selesai (membuat bakalan), maka bermulalah satu lagi kerja seni iaitu mencanai bakalan yang akan merupakan kerja-kerja akhir seperti membuat cicak, memahat aring, belalai dan sebagainya. Kerja-kerja mencanai memerlukan kemahiran tinggi kerana di tangan merekalah terletaknya, khazanah warisan pusaka Melayu

Mencuci keris....

Sambungan pada posting lepas..... Bagi mereka yang pakar dan ingin cepat dalam proses mencuci keris di Negeri Kelantan, biasanya mereka menggunakan cuka getah. Walau bagaimanapun kadar campuran air dengan cuka getah perlulah diketahui dengan betul.

Tidak semua besi sesuai menggunakana cuka getah. Ini kerana ia terlalu kuat mengkakis. Jika kita merendam besi pamor dalam jangkamasa yang lama dalam campuran cuka getah tadi, silap-silap keris tersebut akan rosak terus.

Biasanya kadar kepekatan dan masa rendaman memainkan peranan penting untuk menaikkan pamor semasa merendam keris. Dengan asid juga mereka yang pakar dapat menjadikan keris yang baru kelihatan lama.

Kaedah yang sama juga digunakan untuk menulis wafaq pada senjata.... InsyaAllah bersambung.

Pamor Kulit Kayu RM700.00 (SOLD OUT)



Keris Pamor Kulit Kayu Lok 7
Panjang keseluruhan 18 inci
Panjang bilah 14 inci
Sampir Kemuning, batang serunai sena

Tuesday, March 25, 2008

Golok Sembelih Steel Sarung Kemuning Hitam Peribadi (not for sale)




Golok Sembelih Besi Steel ( tidak berkarat)
Sarung Teras Kemuning hitam campur gubal
Ukiran ringkas di hulu dan juga sarung


Raja Kayu vs Damar Minyak

Posting kali ini saya tulis setelah saya menelefon sahabat blog saya iaitu Shahir di Sungai Siput kelmarin dan bersembang-sembang sikit tentang pelbagai jenis kayu. Antara yang menarik dalam perbualan tersebut ialah tentang teras kemuning hitam, kemuning kuning dan raja kayu.

Apa yang menarik tentang istilah raja kayu yang dijual di pasaran hari ini ialah tentang kuasa mistiknya. Sebenarnya spesis yang dijual dipasaran ialah spesis pokok damar minyak. Kayu jenis ini akan mengeluarkan minyak bila di bakar dan habuknya akan masuk ke dalam kulit jika serbuk halusnya digosok-gosok pada lengan.

Spesis kayu jenis ini pada awal tahun 70an banyak dibuat lapisan atas bahagian perabut kerana sifatnya yang berkilat dan menarik. Malangnya apabiala ia sampai ke tangan peniaga-peniaga mistik ia mula dikenali dengan nama Raja Kayu yang mempunyai pelbagai kesaktian dan kuasa ajaib sehinggalah kepada kebal. Wallahualam.

Kerambit Antik Sarung Baru RM100.00/pcs SOLD OUT


Kerambit Antik Sarung Baru
Mata pamor

Histeria lagi....

Sebagai umat Islam kita mengakui akan kewujudan makhluk-makhluk lain selain daripada kita di alam ini. Walau bagaimanapun mereka ada tugas mereka dan kita ada tanggungjawab yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t.

Saya selalu memandang positif perkara-perkara yang berlaku, bagi saya di sebalik semua kejadian ini tersimpan satu rahmat, pengajaran serta ilmu yang besar. Mungkin ramai yang mengatakan saya sudah tidak siuman kerana berfikiran begitu.

Setiap kejadian yang berlaku di alam ini tidak Allah jadikan ia sia-sia, kecuali kita enggan berfikir. Dengan terjadinya histeria sebenarnya kita akan lebih berhati-hati dalam tingkah laku kita dan mula menyedari bahawa kita tidak bersendirian di alam ini. Kita juga kini lebih banyak membaca Al-Quran, berzikir dan berselawat . Pelajar-pelajar mula sedar batapa kosongnya jiwa mereka selama ini.

Keadaan ini juga secara tidak langsung akan dapat membezakan tahap kekuatan keyakinan seseorang kepada Allah. Apabila histeria berlaku maka ramai yang mudah "terjangkit" . Cuba fikirkan dan renungkan, mengapa ia begitu senang mempengaruhi jiwa kita..........

Histeria...

Dalam seminggu dua ini persoalan ini sering menjadi topik perbualan pelajar-pelajar perempuan yang tinggal di asrama sekolah tempat saya betugas. Pelbagai cerita seram yang mereka alami. Warden Asrama ( kawan sekerja) pernah meminta bantuan saya untuk menyelesaikan masalah tersebut. Walau bagaimanapun saya mencadangkan agar mencari orang (pawang) yang betul-betul pakar dalam bidangnya. Di samping itu juga saya telah memberi beberapa tip ringkas kepada beliau agar menjadi amalan baik pelajar-pelajar perempuan yang tinggal di asrama.

Langkah mudah tersebut ialah meminta pelajar-pelajar prempuan agar membersihkan darah mereka pada "pampers" sebersih-bersihnya sebelum dibuang ke dalam tong sampah atau sebelum ditanam. Jangan terlalu bergelak ketawa ketika waktu maghrib.

Pihak pengurusan asrama juga perlu menghantar pulang pelajar yang mudah terkena/punca/ibu kepada merebaknya histeria kepada pelajajar-pelajar lain.

Sehubungan itu juga semua langkah-langkah ini tidak menjamin kejadian histeria daripada berlaku. Cuma ia adalah antara langkah-langkah baik yang boleh mencegah/mengurangkan risiko histeria.

Sunday, March 23, 2008

Zikir ....Ingat...Beringat-Ingat!!

Zikir bermaksud ingat, dalam konteks syariat ia bermaksud mengingati Allah sama ada dengan lisan atau dengan hati. Jadi bolehlah dikategorikan zikir kepada dua bahagian iaitu zikir dalaman (qafi) dan zikir luaran (jali). Dalam kontek ini zikir luaran/lisan lebih mudah dilakukan berbanding dengan zikir dalaman. Zikir luaran biasanya kita lakukan mengikut tempat dan juga masa yang tertentu seperti lepas solat, majlis-majlis tahlil dan sebagainya. Berbeza dengan zikir dalaman atau hati, amat rumit untuk berzikir sepanjang masa mengingati TuanNYA.

Berapa kali dan selama mana dalam sehari saudara mengingati Tuhan sewaktu sibuk dengan urusan dunia .

....................... Beringat-ingat ..............................

Berkongsi....

Alhamdulillah, saya menulis lagi untuk kesekian kalinya. Tidak semua khazanah yang ada dalam simpanan saya milik mutlak saya. Sehubungan itu jika kena gayanya maka ia juga akan menjadi milik sahabat. Begitu juga milik saudara, hak sebenar bukan kita tentukan. Ia adalah hak mutlak Allah S.W.T.

Kemuning setongkol yang baru dimiliki saya minggu lepas telah saya kongsi bersama dengan dua orang sahabat. Pada perbincangan awal nak buat sampir bugis, tapi tukang kata tak cukup saiz, kecilnya teramat. Jadi dapat buat hulu pun jadilah. Kemudian seorang regular custumor mintak untuk dibuat sarung badik rencong. Saya pun setujulah.

Memiliki kemuning hitam dalam bentuk ulu, sarung, tasbih, keychain dan sebagaiya, bagi saya satu kepuasan. Ini kerana semakin lama digunakan atau bersama dengan kita , semakin ia berkilat dan bersinar-sinar.

Saya juga mempunyai sebilah golok sembelih bersarungkan kemuning hitam bercampur gubalnya. Waduh, amat cantik sekali. Kerana terlalu sayang ia jarang saya gunakan untuk tujuan yang lasak.

Saturday, March 22, 2008

Bonsai Beruas Laut.. menghilangkan kepenatan bekerja

Pokok Beruas Laut ini telah empat tahun saya belai. Tempat asalnya ialah di tepi pantai Kampung Kandis. Walaupun telah beberapa bulan terbiar, semangat saya membara semula apabila melihat bonsai-bonsai milik kolekter keris yang lain. Terima kasih Tuan Langkasuka.

Friday, March 21, 2008

Badik Rencong Lurah Berangkut ( SOLD OUT )


Inilah badik rencong lurah berangkut terbaru yang baru saya terima pada pagi sabtu 22 Mac 2008. Badik ini belum ada pemiliknya, tambahan pula ia masih lagi tak berbaju. Jika ada yang berminat boleh sms atau e-mail saya . Siapa cepat dia dapat. Bilah dalam foto belum lagi dicuci. Ia perlu dicuci beberepa kali sebelum boleh digunakan sepenuhnya untuk menimbulkan warna hitam besi tarung yang malap kerana kesan api.

Zamrud Kelas A+++




Inilah zamrud idaman hati, warnanya yang cukup hijau dan airnya yang cukup jernih. Mampu membuat peminat batu permata meleleh air liurnya. Cincin zamrud ini milik seorang Peguam Muda di Kota Bharu. Jika mampu inilah kualiti yang tak boleh dipertikaikan cukup syarat dan sifatnya. SEMPURNA. Tentang harga tak usah tanya.

Cincin Meteor Cobochon ( sendiri pakai )





Alhamdulillah, akhirnya siap juga cincin meteor saya selepas beberapa kali ulang-alik kekedai tukang. Daripada saiznya yang besar dan tak menentu akhirnya inilah bentuk cobochon yang mampu dihasilkan oleh tukang canai. walau bagaimanapun tidak semuanya rata dan licin. Terdapat beberapa lekukan di bahagian tepi yang jika dicanai akan mengakibatkan saiz permatanya akan jadi lebih kecil. Bagi saya lekukan itu menambahkan lagi klasik dan uniknya meteor, kerana rupa asalnya masih lagi dikekalkan walaupun hanya sedikit. Jenis ikatan cincin ini ialah ikatan perak tangkai kendi pahat bunga jawa.
Kos untuk menghasilkan sebiji permata meteor agak tinggi kerana bentuknya yang tidak tak menentu. Banyak meteor yang dibazirkan apabila dicanai. Bayangkan berat asalnya sekitar 30gm hanya tinggal sekitar 15 gm sahaja apabila siap. Kos canai juga mahal kerana 4 kali ganda kos canai batu biasa.Walau apapun saya rasa ia akan jadi teman saya yang paling akrab di samping zamrud. Alhamdulillah.

Keris Melela Ganja Iras Lok 13....Sila hubungi saya

Bila dah sibuk, terkejar ke sana ke mari. Kadang-kadang ingatan pun menjadi lemah. Tempahan sahabat diterima kemudian dah tak ingat siapa pula yang menempah. Jadi kalau sahabat yang menempah ada terbaca entry ini bolehlah hubungi saya untuk comfirm tempahan. Ini kerana saya dah bincang dengan tukang untuk membuatnya. Mengikut tukang kalau lok 13 panjang bilah yang sesuai paling kurang ialah 17 inci.

Tapi jangan risau kalau tak jadi pun tak apa, saya boleh simpan dan masukkan dalam koleksi saya.

Jangan Paksa Diri

Minat terhadap keris dan senjata warisan merupakan satu ketagihan pada sesetengah sahabat. Walau bagaimanapun kita perlulah berhati-hati dan cermat semasa membuat pemilihan/keputusan untuk membeli. Ini kerana kekadang kemampuan untuk memiliki keris kenalah diseimbangi dengan kuasa beli. Jangan pula kerana gilakan keris maka kita mengabaikan perbelanjaan dapur dan perbelanjaan untuk pendidikan anak-anak.

Keris merupakan satu senjata yang perlu di warisi oleh anak cucu kita, tetapi jika anak-anak kita tidak memiliki ilmu dan hanyut kerana tidak mendapat perhatian dan pendidikan yang terbaik, siapkah yang layak mewarisi khazanah yang bernila ini. Fikir-fikirkan.

Dapat lagi......

Alhamdulillah , dalam orang lain berebut-rebut dan beratur untuk mendapatkan badik rencung lurah tukang Setopa, saya mendapat khabar gembira sebelum solat maghrib hari ini. Sebilah lagi badik rencong lurah telah siap dan akan berada dalam pangkuan saya esok.

Disamping itu juga, satu lagi khabar gembira ialah sebilah keris melela lok 7 besi tarung ( hitam pekat) telah dihadiahkan khusus untuk saya oleh seorang sahabat . Besi tarung terakhir milik keluarganya yang berusia ratusan tahun kini berada dalam gengaman saya. InsyaAllah saya dalam proses menyiapkan sarung bersama-sama dengan keris milik Ronald. Kalau tidak ada aral melintang saya akan mengupah Tukang Setopa uttuk melurah melela besi tarung terbaru ini.

Sebenarnya melela milik saya yang paling disayangi kini berada dalam dakapan sahabat di Sabah. Jadi melela baru inilah yang bakal mengubat rindu. Harap-harap dapat kayu kemuning emas berplot yang cantik. InsyaAllah

Thursday, March 20, 2008

Tasbih Teras Kemuning

Alhamdulillah, pertama sekali saya memohon maaf kepada sahabat-sahabat kerana kurang menulis tentang khasiat dan mistik di sebalik produk yang dijual. Walau bagaimanapun atas permintaan sahabat-sahabat saya akan menulis serba sedikit berkaitan dengan khasiat kemuning hitam.

Bagi masyarakat Melayu Kelantan yang mengumpul teras-teras kayu untuk perubatan secara lahiriah dan juga mistik, teras kemuning hitam adalah antara yang menjadi sebutan, di samping teras-teras lain seperti gemunggal,keluat,betik,pisang,kekabu,mempelas,beko,delima dan banyak lagi. Berbalik kepada khasiat teras Kemuning hitam, saya pernah membaca satu artikel dalam majalah yang telah memasukkan kajiian saitifik tentang khasiat kemuning hitam. Yang paling ketara sekali ialah untuk kesihatan dalam perut. Enzimnya yang berwarna kuning merupakan bahan yang boleh merawat luka dan masalah dalam usus.

Mengikut kepercayaan bomoh dan pawang ( tiada kajian saintifik setakat ini) ia boleh merawat bisa gigitan ular (awas, dapatkan rawatan hospital secepat mungkin) dengan melekatkan teras kemuning di tempat patukan, ia akan menyedut kembali bisa. Teras kemuning juga dikatakan dapat merawat penyakit gatal-gatal. Saya teringat kisah seorang kawan yang mengasahkan ulu goloknya bagi merawat penyakit gatal anak perempuannya yang telah menjadi kudis, Alhamdulillah dengan izin Allah, gatal dan kudis tersebut telah sembuh. Kayu kemuning hitam juga boleh digunakan untuk merawat luka, sebab itu ia banyak dijadikan ulu keris dan senjata-senjata pertarungan pada masa dahulu.

Teringat juga saya satu kisah bagaimana warna kemuning hitam menjadi pucat kerana terlalu banyak direndam. Ini berlaku kepada Pak Ku Hassan semasa menunaikan fardu haji beberapa tahun lepas. Ini terjadi kerana terlalu ramai jemaah haji Malaysia yang mengalami batuk-batuk dan sakit tekak kerana cuaca panas dan berdebu. Jadi khidmat tasbih kemuning hitam yang di bawa bersamanya telah digunakan sepenuhnya, iaitu dengan merendamkan dalam air suam dan diberi minum kepada jamah yang sakit. Teras kemuning hitam yang dijadikan tasbih juga adalah amat tinggi nilai seni dan cantik dipandang mata. Semakin lama dan kerap kali ia digunakan semakin berkilat dan bersinar-sinar warnanya. Jika ia menjadi teman akrab kita, bolehlah kita gunakan sebagai penanda aras berdasarkan warna hitammnya yang semakin berkilat atau semakin kusam.

Kesukaran untuk memperolehi, khasiat, cantik, sukar dicanai kerana kekerasannya telah menjadikan kemuning hitam satu produk istimewa dan harganya lebih mahal dari kayu-kayu biasa. ( Jika ada makumat tambahan kemuning hitam yang saya tidak tahu bolehlah sahabat-sahabat tolong tambahkan untuk dikongsi bersama)

Pandai Saras Pamor Belian Lok 7 RM1700.00 SOLD OUT




Pandai Saras Pa,or Berlian Lok 7 Antik
Panjang keseluruhan 18 inci
Mata 15 inci + hulu 3 inci
Sampir Kemuning
Batang Serunai Sena

Wednesday, March 19, 2008

Tasbih Teras Kemuning Hitam RM250.00 / utas


Tasbih Teras Gemunggal/kilo Pulau Redang RM300.00( Semua dah dimiliki kecuali )



Semua tasbih yang dipamerkan dlm posting kali ini sudah dibooking oleh sahabat sahabat,

1. Jambul kuning - Rina

2. Jambul merah - Azali

3. Jambul merah - Ustaz Zaharan.

4. Jambul Merah - Ikram

Jadi semua dah habis . Terima kasih atas sokongan dan kepercayaan sahabat semua. Saya jamin tasbih teras gemunggal ini adalah daripada teras gemunggal Pulau Redang yang dimiliki oleh Pak Ku Hassan.

Kata dikota

Bab berjanji ni berat sikit nak cerita, kadang-kadang mudah sahaja kita berjanji, asalkan produk kita boleh jual, bila duit dah dapat mulalah banyak alasan. Ini yang tak seronok. Amalan buruk seperti ini akan merosakkan reputasi sendiri.

Kepada kawan-kawan yang menempah keris jika lewat kena sabar, karenah tukang tak boleh dikawal. Bila duit tak ada, tak mahu buat kerja. Bila dah dapat duit banyak, cuti pula, sebab nak enjoy dan makan angin. Kitalah yang makan habuk.

Teras Delima

Setelah menjual teras tasbih delima utas demi utas, akhirnya saya membeli stok terakhir teras delima seberat 20 kilo. Tak tahulah nak buat apa dengan teras sebesar itu. Nak buat hulu keris terasa sayang, nak buat tasbih pun masih ada beberapa utas lagi kat rumah yang belum dijual. Saya rasa teras sebesar ini baik disimpan sahaja, tunggu buat duit bila semua stok orang lain dah habis..... ha.ha.ha.

Batu Telur puyuh RM70.00 ( termasuk pos) SOLD OUT)


Batu yang ditarik oleh pemburu emas secara mistik, tapi yang dapat ialah batu bewarna kuning apabila dicanai inilah hasinya. walaubagaimanapun terdapat serbuk-serbuk halus yang berkilauan bila dipanah cahaya mentari. ( pemilik asal Polis Usop Rantau Panjang)

Permata Teras Gemunggal RM50.00 (termasuk pos) SOLD OUT