sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Thursday, March 13, 2008

Berebut-rebut....

Kadang-kala saya tergelak seorang diri apabila mengenangkan strategi yang diatur untuk mendapatkan badik rencong lurah besi tarung Tukang Setopa. Saya terpaksa menggunakan khidmat 2 rakan karib untuk mendapatkan kedua-dua bilah badik tersebut. Oleh kerana penempaaan badik tersebut bukan selalu dilakukan maka untuk mendapatkannya juga sukar. Apabila saya mendapat tahu Setopa sedang mengusahakan 2 bilah badik maka saya berazam untuk mendapatkan kedua-dua bilah tersebut.

Berkebetulan strategi yang diatur menjadi, maka kedua-dua bilah badik tersebut menjadi milik saya. Walau bagaimana pun kesukaran untuk mendapatkan kayu kemuning sekali lagi memeningkan kepala. Nasib baik ada sahabat-sahabat yang sudi membantu dengan memberikan kemuning kuning milik mereka kepada saya.

Semenjak badik itu berada dlm blog sehari dua ini, banyak sahabat yang menunjukkan minat untuk memilikinya. Mungkin sahabat akan terkejut jika diberitahu harganya di pasaran masa kini. Harganya dipasaran Kelantan ialah sekitar RM1500 hingga RM1700.00.

Untuk makluman Setopa adalah antara tukang tersohor Kelantan terutamanya dalam menghasilkan badik rencong lurah. Percayalah jika anda berjaya memilikinya anda adalah antara orang yang bernasib baik.

Sama-sama kita tunggu hasilnya nanti.

No comments: