sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Tuesday, February 12, 2008

Untung baik dan untung jahat daripada Allah

Baik pun untung dapat jahat pun untung, kerana semuanya yang berlaku adalah menandakan kesempurnaan. Sebut memang mudah dan senang, ibarat kata pepatah seperti menanam tebu di tepi bibir.

Kekadang kita menunjukkan rasa syukur kita apabila memperoleh kejayaan atau kebaikan. Sebaliknya kita akan meratap menangis dan meraung apabila gagal, kecewa dan jatuh ke bawah. Di mana sebenarnya untung jahat. Walaupun jahat syariat mengatakan untung. Mungkin pandangan selapis memang rugi, sekirannya dinilai berlapis-lapis benyak ilmu dan pengajaran yang dapat kita pelajari daripada pejalanan ini.

" Yang baik datang dari Allah manakala keburukan , kesilapan adalah diri saya sendiri". Diharap sahabat semua dapat merenung fenomena ungkapan ini dengan akal yang waras dan bukan selapis. Wallahualam

No comments: