Anak murid sedang tekun melihat Sifu mengajar cara memotong Perak. ( Untuk jimatkan mata gergaji)
Ni, nanti terbakar pula jaket kulit kan.. pertama kali mencuba membuat sambungan perak
Gaya seorang tukang perak ( bakal menjadi profesional)
Sibuk menyiapkan tugasan pertama masing-masing...... InsyaAllah cantik
Tanggal 9 hb Februari 2008 satu lagi sejarah telah terpahat iaitu berlangsungnya kursus Pembuatan Cincin Perak yang melangkau batas sempadan. Bagi masyarakat Kelantan mungkin ia adalah kecil tapi bagi rumpun Melayu di negeri-negeri lain ilmu ini amat terbatas.
Dalam kontek hari ini kebiasaannya rahsia pembuatan cincin perak menjadi milik keluarga dan anak beranak sahaja. Kursus ini memecah tradisi kerana ia menggunakan peralatan yang lebih minimun dan ringkas tanpa menjejaskan nilai-nilai tradisionalnya.
Sifu yang bermurah hati menurunkan ilmu ialah "Sifu Juki" pemilik CAKNA KRAF di Nilam Puri.
# Untuk makluman kursus hanya boleh diadakan semasa cuti sekolah sahaja kerana sifunya adalah guru sekolah. Jika ada yang berminat boleh menghubungi saya dengan bilangan peserta sekurang-kurangnya 2 orang dan tidak melebihi 5 orang.
3 comments:
assalamualaikum
Sorry2... 0139321464
Post a Comment