Setelah berkecimpung dengan serius dalam bidang senjata warisan terutamanya keris, saya telah cuba sedaya upaya untuk mengenali dan membuat satu skema untuk menilai kualiti senjata yang akan dibeli atau dimiliki. Petua-petua ini (skema) ini saya perolehi hasil daripada bertanya dengan senior-senior dalam bidang ini. Antaranya ialah :
Bunyi:
Bunyi nyaring ( desingan/berdesing) apabila dikeluarkan dari sarung. Keris jenis ini menunjukkan ketumpatan/kepadatan bilah keris. Ia juga mengeluarkan bunyi yang nyaring apabila dijentik.
Adunan yang tidak tiris ( bocor):
Bagi keris/pisau yang di masukkan besi waja , kualiti waja yang sekata dan tidak putus di mana-mana bahagian mata amat perlu diperhatikan. Tukang-tukang yang kurang mahir biasanya gagal menjaga standard kualiti ini.
Pamor :
Pamor yang terbaik ialah pamor asli yang keluar dari besi. Walau bagaimanapun pamor buatan juga berkualiti tinggi jika dirancang dengan baik dan menjadi. Misalnya tapak gajah pada pangkal keris. Ia biasanya merupakan pamor buatan yang dirancang.
Aura:
Bagi keris yang ada isi/hidup ia mempunyai aura yang tersendiri. Aura ini boleh dirasa dengan meletakkanya rapat pada kulit kita yang sensitif seperti di tepi telinga dan sebagainya. Ia biasanya mengeluarkan satu bentuk haba yang boleh dirasai.
Sarung:
Sarung yang cantik dan berkualiti juga mempengaruhi nilai sesuatu keris. Pemilihan kayu yang baik dan teliti perlu diambil kira. Sarung yang baik ialah apabila tukang sarung memilih urat kayu yang serasi antara ulu dan sampir. Biasanya corak pada hulu dan sampir ada kesinambungan. Usia kayu juga memainkan peranan yang penting. Ukiran pada sarung atau hulu juga menambahkan lagi nilai seni sesebilah keris.
to be continued.....
Wednesday, February 27, 2008
Menilai keris
Posted by Mohd Nasir at 7:04 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
Salam
Terima kasih Cekgu atas imformasi yang diberi. Amat membantu saya..
peace
Post a Comment