sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Sunday, February 03, 2008

Semutar batik lepas

Perkataan semutar ialah perkaan bermaksud pakaian kepala/ikat kepala bagi masyarakat Kelantan. Biasanya kain semutar menggunakan ikatan kain batik lepas. Pada masa kini pemakaian semutar amat jarang kelihatan terutama bagi generasi baru. Ia hanya kelihtan di pakai oleh pesilat-pesilat pulut dalam majlis-majlis sahaja.

Semutar Kelantan berbeza dengan tanjak atau tengkolok. Bisanya tengkolok atau tanjak dipakai oleh golongan atasan atau untuk majlis-majlis berperetij. Nama-nama tengkolok juga adalah lebih hebat dan berprestij berbanding nama-nama semutar.

Pemakaian semutar dalam masyarakat Kelantan melambangkan pekerjaan sipemakainya. Biasanya semutar akan dibuka semula untuk menyapu peluh atau pun digunakan untuk mengipas-ngipas badan apabila berehat dari bekerja. Berbeza sekali dengan tengkolok yang telah dibuat kekal untuk menampakkan kehebata ikatannya.

Untuk mengelakkan kepupusan budaya tradisi ini beberapa orang sahabat yang prihatin dengan budaya bangsanya telah mendokumentasikannya. Antara Insan cemerlang tersebut tidak lain dan tidak bukan, Pemuzik Tradisional yang tersohor di persada antarabangsa iaitu Cikgu Aswawi Omar.

No comments: