Tayang body selepas menjadi orang minyak
Siapa yang lebih berminyak? abang-abang atau saya....
Makan nasi kerabu bungkus bersama-sama. Liciiii.........iin.
Usai menjejak pandai keris, sayabergegas balik ke rumah kerana ada temu janji dengan penjejak teras-teras kayu. Kali ini koleksi saya bertambah satu lagi iaitu tongkat teras delima berhulukan kemuning hitam. Tentu ramai yang meleleh air liur melihatnya. ha ha ha.
Selepas solat asar saya ke rumah seorang lagi sahabat iaitu cikgu Muzairi untuk membantu menguruskan mandi minyak herba ( perubatan) bersama beberapa orang murid silat. Minyak yang dicampur dengan ramuan 40 jenis akar kayu ini menjadi rutin bagi kami sekurang-kurangnya 2 kali setahun.
Untuk menjadikan minyak harum kami tidak mencampurkan air ke dalam santan sebaliknya menggunakan air kelapa semasa meramas santan. Pelbagai jenis bunga juga digunakan untuk menambah aroma minyak. Alhamdulillah kualiti minyak kali ini terlalu baik dan diluar jangkaan tambahan pula masa siap juga memmecah rekod kebangsaan iaitu tak sampai 2 jam sudah siap. Mencarik adat!!
1 comment:
wah cepatnye masak.. panas benar msia skrang..
Post a Comment