Bermula dgn asas sifat 20 untuk mengenal membezakan qadim dan muhaddas, kemudian tekankan fardu ain bermula dengan shahadah, berwuduk dan solat. Belajarlah dengan bersungguh-sungguh dan mendalam. Detailkan setiap pergerakan.
Carilah guru yang mengajar wuduk di tepi kolah atau di tepi paip. Ini kerana ia lebih praktikal. Bersoal jawablah dalam belajar sifat dua puluh untuk menguji kefahaman. Solatlah dihadapan gurumu walau sekadar 2 rakaat. Carilah guru yang boleh membimbing diri kita, bukan mencerca orang lain. Carilah guru yang boleh membetulkan diri kita bukannya yang mengatakan dirinya hebat. Carilah, carilah, carilah....
Tuesday, February 12, 2008
Betulkan syariatmu
Posted by Mohd Nasir at 7:59 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment