sambil fikir zikir sambil zikir fikir

Hadaplah Wajah Mu Ke Mana-Mana Di Situ Ada Tuhan


@Hak cipta terpelihara.Semua artikel dan foto dalam blog ini adalah milik mutlak Cikgu Nasir .
Dilarang sama sekali sebarang bentuk salinan, peniruan atau penerbitan semula tanpa izin penulis/pengarang.





HUBUNGI :

handphone/wassap : 0135292452
email : cikgunasir8130@gmail.com
fb: cikgunasir

Sunday, February 17, 2008

Mengapa tidak jujur.....

Dalam kehidupan seharian, kita sering berurusan dengan orang lain sama ada yang kita kenali mahupun yang tidak kita kenali. Dalam konteks bisnes internet ini,saya berurusan dengan pelbagai lapisan masyarakat. Saya juga melayani pelanggan saya sama ada melalui e-mail, sms, panggilan telefon dan juga menerima kunjungan sahabat ke rumah.

Ironinya dalam hubungan bisnes yang saya cuba murnikan dengan keikhlasan, kejujuran dan persahabatan ini, ada juga insan yang mengambil kesempatan dengan bersikap tidak jujur atau dalam bahasa kasarnya menipu. Sikap seperti ini akan merosakkan perniagaan dalam talian dan mewujudkan suasana tidak selesa.

Setakat ini saya tidak pernah gagal untuk menghantar /pos barang yang dipesan oleh pelanggan . Malangnya ada pelanggan saya yang menjual barangan mereka kepada saya tidak jujur dengan tidak menghantar barangan walaupun wang sudah dibayar dan cuba mengelakkan diri apabila dihubungi. Saya tidak marah kepada mereka tetapi ingin memberi sedikit nasihat kepada mereka yang terlibat. Jika kita memilih untung jahat maka kita akan mendapat untung jahat dalam kehidupan.

Sehubungan itu jangan kita mengambil sedikit noda dan titik hitam untuk kita masukkan dalam periuk nasi kita yang putih dan bersih. Jangan juga jadikan alasan anak, isteri, ibu bapa dan orang-orang di sekeliling kita sedang sakit untuk menipu. Jangan jadikan wang sekelumit untuk meminta kesakitan kepada orang yang tersayang.

La haulawala quwwata illa billahil aliyyil azim. Allahuakbar.

2 comments:

Anonymous said...

Cikgu, bila kita berurusan/berjualbeli melalui bank,kita akan dimaklumkan nama penuh orang tersebut.So,kalau nak main kasar, memang kita ada maklumat tentang orang-orang tersebut.Kan??

syahir said...

hilang duit pada pandangan dan rasa di alam nyata sahaja. Nilai tetap akan bertambah malah 10 kali ganda, begitu juga kepada yg membuat angkara, 10 kali ganda. Apapun banyakkan bersabar, duit itupun bukan 'hak' kita. Hanya pinjaman semata. Jika redha, insyaAllah naik setingkat lagi. Berusaha selagi mampu. Kembalikan setiap keputusan kepada Allah Ta'ala. Jazakallah.